Sabtu, 27 Mac 2010

Apple dan Tomato

pada satu malam, saya, Joe, Badrul dan Federa telah pergi ke sebuah pusat membeli-belah barangan kanak2 dan ibu di Salmiya yang saya gelar Mother Tikka. Gelak besar mereka apabila saya salah menyebut nama pusat membeli belah itu yang nama sebenarnya Mother care dan Tikka itu adalah nama sejenis makanan arab.

Kisahnya apabila kami terserempak dengan wanita arab lebanon yang cantik dan tidak berhijab serta menunjukkan punggung yang paling power sekali yang pernah saya lihat. Pandangan itu lekat dalam ingatan kami lalu menjadi bahan perbualan kami selama berhari-hari.Wanita itu bukan sahaja cantik tetapi mempunyai bentuk tubuh yang menggiurkan lalu dipertontonkan kepada semua.Malah cara dia berjalan juga seolah-olah menguja lelaki yang melihat gila penasaran.

pada ketika itu, semua mata lelaki yang berada di sekitar kawasan itu bertumpu kepada wanita tersebut, sehingga pemandu-pemandu kenderaan juga berhenti seketika untuk menikmati keindahan pandangan itu. Saya sebagai lelaki biasa yang lemah, terkedu seketika dan terus memberikan rating 9/10 kepadanya.

Lalu Badrul pun membuat lawak kelas nya mengenai apple dan tomato yang telah menjadi salah satu topik lawak kami beberapa hari sebelum itu. Punggung wanita boleh dikelaskan dengan bentuk apple yang dibelah dan juga bentuk tomato. MasyaALLAH...memang susah untuk melihat punggung wanita di kuwait ini, tetapi apabila terlihat, tu dia aih, terus tomato yang mengkal...

Sejak itu, saya selalu terfikir, berapa banyak pahala yang didapati oleh wanita-wanita yang menunjukkan apple atau tomatonya ke atas mata lelaki-lelaki normal seperti kami ini. Lelaki normal adalah lelaki yang belum mampu menahan pandangan berbeza dengan lelaki2 yang istimewa yang mampu serta kuat menahan pandangannya. Apabila 80% wanita berhijab dan menutup keindahan mereka dari pandangan lelaki, sekali terlihat yang membuka kepada semua, yang 80 itu terus kalah pada yang satu.

kesimpulannya,mungkin ganjaran pahala atas wanita yang membuka keindahannya kepada semua lelaki manakala dosa pula akan terlekat pada mata dan hati lelaki yang melihatnya. Untung sungguh wanita itu. Itu baru seorang lelaki yang melihat, kalau seratus, seribu atau sepuluh ribu, maka berganda2lah pahala nya. Lelaki juga yang bersalah kerana melihat.

0 ulasan:

Catat Ulasan