Ahad, 14 Mac 2010

Macamana nak jadi Perfusionist

Saya menerima banyak pertanyaan mengenai kerjaya perfusionist ini dan antara soalan yang paling utama adalah macamana nak jadi perfusionist? Justeru itu, saya ingin menerangkan sejelas mungkin tentang proses perjalanan dan kerjaya sebagai perfusionist ini.

Apa itu perfusionist
Perfusionist adalah teknologist atau technician perubatan yang bertugas sebagai pengganti jantung dan paru-paru pesakit yang sedang dibedah jantungnya dengan menggunakan mesin jantung dan paru-paru dengan segala kelengkapan dan aksesorinya. Tugas ini sangat mendebarkan dada dan mengecutkan perut serta memerlukan keyakinan diri yang tinggi, ilmu perubatan yang cukup, kemahiran tentang penggunaan mesin elektronik yang kritikal dan ketahanan mental serta fizikal. Ianya adalah tugas yang paling kritikal selepas tugas pakar bedah jantung semasa pembedahan pintasan jantung atau 'bypass' sedang dijalankan.

Kelayakan
Sekurang-kurangnya Diploma dalam jurusan perubatan, Teknologi Perubatan atau Jururawat. Ijazah yang diterima untuk tugas kelayakan ini adalah ijazah Bio perubatan dan Kejuruteraan Bio Perubatan.

Personaliti
Perfusionist adalah tugas kritikal yang memerlukan latihan kemahiran dan personaliti sepertimana latihan untuk komando tentera, juruterbang dan penyelam. Justeru itu, beberapa perwatakan utama perlu ada dalam diri seseorang yang bercita-cita untuk menjadi perfusionist.
1. keberanian dan keyakinan diri (untuk berdepan dengan personaliti pakar2 bedah dan bius, darah, mesin dan situasi cemas)
2. minat dan semangat yang tinggi
3. kekuatan mental dan fizikal (mental supaya tak menangis bila kena marah atau berdepan dengan kematian, manakala fizikal perlu sihat supaya tak selalu MC)
4. kebijaksanaan dan kecerdasan berfikir
5. ketelitian
6. kesabaran dan ketabahan (org panas baran susah sedikit)
7. keimanan (supaya tak biol)
8. kepantasan bergerak dan tindakbalas
9. tahan tekanan dan stress yang berpanjangan

Semua di atas bukannya untuk menunjuk lagak atau sebagainya tetapi ianya memang benar-benar kriteria yang diperlukan untuk menjadi perfusionist. Ramai yang gagal dan menyerah kalah untuk menjadi perfusionist tanpa kriteria2 berikut.

Latihan
Latihan sebagai perfusionist di malaysia adalah dalam bentuk 'on job training' dan 'hands on' dengan tempoh minimum selama setahun. Sistem latihan yang paling bersistematik dan dinamik adalah sekolah latihan perfusionist di IJN yang melibatkan on job training, ujian 'mock run', peperiksaan dan penilaian peribadi dari mentor-mentor yang berpengalaman. selain dari itu, institusi yang menjalankan latihan perfusionist adalah Pusat perubatan universiti malaya, Hospital sultanah Aminah johor baru, Hospital besar Pulau Pinang dan Hospital Besar Kuching.

Prospek
Kerjaya perfusionist adalah kerjaya yang kritikal dan jawatan yang wajib ada dalam bidang pembedahan jantung. selagi ada pakar dan unit bedah jantung di Malaysia, selagi itulah perfusionist diperlukan.

setakat ini di Malaysia terdapat lebih kurang 70 orag Prfusioist yang berkhidmat di hosptal-hospital yangempunyai kemudahan pembedahan jantung samada di sektor kerajaan, separa kerajaan (IJN) dan swasta.

Kepada adik2 yang berminat, fikir masak-masak, buat keputusan bulat-bulat, bila dah tetap hati .... 'Let's go on bypass!!' and may ALLAH be with you.

21 ulasan:

  1. Saya ingin menjadi seorang perfusionist di malaysia tetapi saya tidak seberapa faham tentang hala tujunya dari pelajar lepasan diploma Teknologi perubatan kepada seorang Perfusionist?

    Jadi,mulanya saya perlu ambil course perfusionist dekat mana dan berapa lama dan boleh ceritikan hala-tuju kebanyakan perfusionist dari Permulaan hingga ke Chief Perfusionist? ^_^

    BalasPadam
  2. salam...saya juga tidak begitu faham dgn soalan yg ditanya...

    untuk jadi perfusionist yg baik perlu ada minat, kesungguhan dan keberanian yang tinggi kerana kerjayanya lebih mencabar dari kerjaya lepasan diploma perubatan biasa spt MA, MLT dan nurse. Kalau nak dikira hala tuju, hala tujunya adalah untuk keluar dari lingkungan kerja-kerja biasa atas kelulusan bidang masing-masing.

    kursus perfusionist yang standard ada di IJN dan untuk mengikutinya perlulah bertemu dengan cheif perfusionist di hospital tempat bertugas, tunjukkan minat dan semangat lalu rayulah dia untuk dihantar berkursus di IJN selama setahun.

    Tiada hala tuju yg sfesifik untuk perfusionist. Yang nyatanya, gaji lebih mahal dari paramedik yang lain dan berkhidmat sepenuh hati untuk pesakit.

    BalasPadam
  3. saye minat tp sy stdy dlm physiotherapy..so bleh ke nk lari bidang

    BalasPadam
  4. pada pendapat saya, bidang physiotheraphy kurang stress dari kerjaya perfusionist kerana ianya tidak begitu kritikal dan tidak melibatkan nyawa. prospeknya juga sangat bagus.

    tapi kalau lebih berminat dibidang yang lebih mencabar dan tension, masih boleh diusahakan meskipun agak sukar. seperti yang telah diceritakan, berjumpalah dengan cheif perfusionist dan mintalah sokongan darinya untuk dihantar berkursus di IJN atau di hospital yg menawarkan latihan perfusionist.

    BalasPadam
  5. Saya keje operation technologist dgn Equate . Smangat mmg kuat . Hati mmg dah kering !boleh x jd mcm kau sjn misai?

    BalasPadam
  6. Wahai pengembara kuwait....bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kamu. Dah elok-elok keje kat equate, nak tukar profesion jadi perfusionist. setakat hati kering je, tak cukup sifat lagi, ilmu kena tambah, semangat kena kuat dan minat kena ada.

    BalasPadam
  7. salam...saya nak tanya sikit...kerja perfusionist kat IJN ni brape hari seminggu ye? gaji untuk trainee pula dalam lingkungan brape?

    terima kasih...

    BalasPadam
  8. kerja perfusionist ijn keje 5 hari seminggu, on call seminggu, sebulan sekali. Gaji trainee kena email...x manis didedahkan di sini.

    BalasPadam
  9. exam untuk jadi perfusionist camne?susah x?selalunya masa pembedahan bape org perfusionist handle heart lung machine?ada x trainee yang penah gagal kuar?
    tq

    BalasPadam
  10. if saya berminat sangat2 2 b perfusionist nie, n sy mmg da de degree in biomedic, so, mknenye, sy just jmpe chief kt IJN utk mntak kursus nie ke? is there any interview? ade knl spe2 x kt IJN utk sy referkn?

    BalasPadam
  11. tanpa nama 1: exam utk jadi perfusionist cam biasa, mmg susah...ada mcq, ada case report dan ada assignment. Ramai gak trainee yg keluar sbb x tahan. Yang dah senior pun nak cabut inikan plak trainee...

    tanpa nama 2: kalau dah berminat sesangat, bole email saya utk dikenalkan dgn Cheif Perfusionist IJN. Acinetobaxter@gmail.com

    BalasPadam
  12. kalo tak silap aku,untuk lepasan dip Medical Lab Tech or paramedik.. or in degree like biomed or bioengine pun,leh apply nak jadik perfusionist ni..

    BalasPadam
  13. tolong email saya gaji perfusion ni....mtajuddin4@yahoo.com...........mcm berminat gak kerja ni...saya biomedical dari utm

    BalasPadam
  14. Rugi kalo amek perfusionist/cardiovascular tech ni..kalo kamu dr bidang biomed atau mlt sebab bidang ni completely lain drp basic biomed/mlt tu sendiri..bidang ni adalah bidang perubatan dan bukannya sains tulen atau sains makmal..tetapi memandangkan sekarang ni susah nak dpt kerja..mungkin korang leh la masuk bidang ni..aku ni mlt tp kerja bidang camni jugak..boring jer tp nak wat camana dah ni jer kerja yg aku dpt pas grad aritu..ingat dulu keja camana tp last2 dpt taw kerja cam jururawat atau pembantu perubatan jer..sia2 jer belajar kat MRSM dulu..

    BalasPadam
  15. Beberapa perkara tentang perfusionist adalah
    1. kerjaya profesionan tertinggi yang boleh dicapai dalam bidang perubatan untuk semua paramedik dan biomedikal. Maksudnya, setakat matron hospital tu, perfusionist sama level atau lagi tinggi tarafnya.

    2. Gaji tertinggi yang boleh diterima antara semua paramedik hospital....harga pasaran skrg di swasta paling cekai RM9K...dan paling tinggi RM16K. Kalau oversea..paling cekai RM18K...

    3. Kepuasan yang tidak dapat diceritakan apabila membantu menyelamat dan memanjangkan nyawa seorang manusia sebaik sahaja pembedahan selesai dengan jayanya.

    Tepuk dada tanya selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. very interested! sy still study in bachelor in medical science..this year habis.. sy plan nak smbung master..but after tgk blog ni mcm best plak bidang ni since sy mmg minat dgn jantung..hehe ramai x perfusionist perempuan? since bidang ni sgt2 mencabar mental n fizikal...=)

      Padam
  16. To be clinical perfusionist, u need to prepare yourself to be a part of critical medical team (cardiothoracic n anaesthesia), means that u need have passion, strong medical knowledge/technical skills and highly self confidence to handle emergency situation without fear..its a noble job and we are proud to be a part of it

    Perfusionist IJN

    BalasPadam
  17. sama m.a unit mopd....berminat nak join perfusionist....tapi mmg nak kena mula dari KOSONG sbb dah lama duduk klinik.....member2 cakap attach dulu di anaes utk elak kejutan job description....nak tanya complicated tahap tinggikah pengajian dan training ni.... kalo sudi tolong e-mail(shukri75msp@yahoo.com) prospek kerjaya dipasaran swasta/oversea....tqvm/jazakallah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. semuanya dah dijelaskan di atas. terima kasih.

      Padam
  18. memang ada perfusionis perempuan. especially di IJN. lelaki atau perempuan xkisah, yg penting tabah. ada on-call mcm doctor jugak. kerja tak ikut sangat office hour...datang kerja xnampak matahari, balik kerja xnampak matahari. itu kalau di IJN. waktu kerja bergantung kepada surgery itu sendiri. kalau habis awal, balik awal la.

    Sang Pelatih

    BalasPadam
    Balasan
    1. perfusionist wanita lebih teliti, halus dan detail kerjanya...tapi kesian bila kena balik lambat dan kerja teruk...dan bila kena on call. Apatah lagi bila mengandung, kesian sungguh melihat mereka tolak pump.

      Padam