Rabu, 3 Mac 2010

Tentera yang tidak cerdik

Baru-baru ini, saya diberi kesempatan bersembang dengan seorang pegawai tentera dari Arab Saudi yang berpangkat Leftenan Kolonel. Setelah memeprkenalkan diri dan menceritakan sedikit latarbelakang ketenteraan saya, kami menjadi mesra dan boleh bersembang dengan isu-isu yang tinggi.

Salah satu isu yang ku bangkitkan adalah kemasukan wanita dalam tentera. Terus je pegawai arab ini menjerit, 'stupid and stupid.' Apabila saya memberitahu, ATM juga mengembangkan kemasukan wanita dalam tentera, dia tidak meminta maaf kpd ku malah memarahiku supaya bercakap dengan jeneral yang tidak cerdik itu datang ke medan perang Iraq dan Afghanistan dan lihat sendiri apa yang terjadi pada tentera wanita mereka.

Saya bertanya apakah alasan nya sehingga dia begitu marah dan bersemangat menentang perkara ini, beberapa faktor yang dinyatakan adalah sama seperti pendapat saya sendiri tetapi ada 2 sebab yang tidak terfikir oleh saya.

1. Melayu bukan bangsa berperang, kenapa nak menjadikan wanitanya alat dan anggota di medan perang. sedangkan bangsa yang rajin berperang sejak dulu, kini dan selamanya, baru tersedar tentang kesilapan mereka dan sedang berusaha untuk menarik balik dan mengurangkan risiko-risiko yang tak sepatutnya ditanggung.

2. kesucian wanita adalah tanggungjawab lelaki. wanita tinggi nilainya disisi manusia dan ALLAH atas kesuciannya. Itu fitrah yang ALLAH tetapkan bukan ketinggian ilmu atau pangkatnya di dunia apatah lagi dalam tentera. Wanita itu tidak suci lagi sebaik saja dia menyertai tentera kerana tidak menjadi wanita yang sepatutnya. Ibarat kucing yang disuruh menjadi anjing. Kucing itu akan perasan yang dia itu anjing tetapi tidak akan mampu berperanan seperti anjing yang sebenarnya walaupun dia berusaha untuk menjadi anjing terbaik.

Ternganga saya mendengar penjelasannya. Respek jugak saya dengan tentera Saudi ini meskipun, kisah-kisah pertempuran mereka tidak sehebat dan seberdarah, tentera Iraq, Iran, Pakistan dan Taleban.

Walaubagaimanapun, terpulanglah pada hati masing-masing. Saya hanya perlu meluahkan kenyataan ini untuk melepaskan tanggungjawab. sekurang-kurangnya, saya boleh menjawab, 'Saya sudah memberitahu mereka Ya ALLAH!'.

0 ulasan:

Catat Ulasan