Khamis, 29 April 2010

Menahan Marah

Terima kasih pada saudara Insan Kerdil yang sudi menjengah blog saya. Untuk menceritakan pengalaman saya mengenai menahan marah ini, tidak cukup diruangan shout itu, maka saya muliakan kan saudara dgn menulis satu artikel mengenainya.

Cara saya menahan marah ada 5.

1. Segera beredar dari kawasan itu seberapa segera
2. Ambik wuduk dan solat 2 rakaat
3. Bantai zikir dalam hati atau jeritkan LAA ILAA HA ILLALLAH sekuat-kuatnya di tempat yang sesuai
4. Cium dahi orang yang membuat saya marah lalu beredar (kalau boleh la)
5. Pejam mata, lapangkan fikiran, kosongkan hati dan anggaplah dia tiada di depan kita,isikan hati dengan lafaz ALLAH ALLAH ALLAH, berterusan tanpa putus sehinggalah tiada lagi perasaan marah itu. Buka mata dan senyumlah pada orang yang membuatkan anda marah.

Itu semua adalah kerja syaitan yang suka memanas-manaskan hati. Lagi waraq, alim dan soleh seseorang manusia itu, lagi tinggilah tipu daya, manipulasi dan permainan syaitan ke atas manusia itu. Segala-galanya dari ALLAH, untuk ALLAH dan kepada ALLAH. Siapalah kita untuk marah? Kita kan hamba....

0 ulasan:

Catat Ulasan