Selasa, 25 Mei 2010

Tujuan Hidup

Tujuan hidup merupakan satu perkara yang paling penting dalam hidup manusia yang sudah matang pemikiran. Ianya sangat penting kerana ia akan menentukan jenis kejayaan dan usaha seseorang manusia itu sepanjang hidupnya di dunia ini. Kematangan seorang manusia terutamanya bagi spesies lelaki adalah amat perlu dipercepatkan supaya dia dapat membentuk personaliti, jalan hidup diri, keluarga dan masyarakat yang bakal dipimpinnya. Tujuan hidup akan mempengaruhi faktor-faktor berikut.
1. Bentuk dan jenis pemikiran
2. Aktiviti semasa dan jangkamasa panjang
3. keluarga yang akan dibina dan dibentuk
4. Personaliti dan karektor
5. Ilmu yang dikejar
6. Objektif atau kejayaan-kejayaan kecil
7. Wanita-wanita disekeliling

Yang nyatanya, ada 4 tujuan hidup secara kasar dan 1 tujuan hidup sfesifik. Setiap manusia muslim akan melalui peringkat-peringkat hidup seperti yang dinyatakan bergantung kepada usia dan hidayah yang diterimanya.

1.Kosong – Hanya perlu makan, tidur, keselesaan dan kegembiraan.
Untuk kategori bayi, kanak-kanak, remaja dan orang tua nyanyuk.

2.Dunia – kekayaan, kemahsyuran, kesenangan, kebahgiaan dan kekuasaan.
Untuk kategori anak-anak muda dalam lingkungan 17- 25 tahun.

3.Dunia dan Akhirat – kekayaan, kemahsyuran, kesenangan, kebahagiaan dan kekuasaan menurut syariat dan syarak lalu diakahiri dengan syurga akhirat.
Untuk kategori golongan belia dalam lingkungan 25-40 tahun.

4.Akhirat - keselamatan di akhirat seperti alam barzah, hari kebangkitan, padang mahsyar, hari hisab, titian sirat dan syurga.
Untuk kategori 40 tahun ke atas.

5.ALLAH – tiada yang lain hanya ALLAH, bukan dunia, bukan akhirat, bukan syurga dan bukan neraka. ALLAH saja tujuannya.
Tiada peringkat umur yang sfesifik.

Daripada 4 faktor di atas, personaliti, cara hidup dan pemikiran manusia itu akan dipengaruhi oleh tujuan hidupnya.

Dunia
Personaliti – rakus, agresif, tamak, kedekut, mengira keuntungan, pentingkan diri
Bentuk dan jenis pemikiran – Semua yang menggembirakan dan menyenangkan hati
Keluarga yang akan dibina – keluarga yang senang dan mewah
Ilmu yang dikejar – ilmu yang mendatangkan kerjaya dan pendapatan yang baik
Objektif atau kejayaan kecil – Berjaya dalam perniagaan, mendapat jawatan yang baik, kaya, mahsyur, berkuasa
Wanita – cantik, seksi dan berfikiran material
Lingkungan nafsu – nafsu amarah
Prinsip – Dunia adalah segala-galanya

Dunia dan akhirat
Personaliti – sederhana dalam semua hal
Bentuk dan jenis pemikiran – gembira di dunia dan bahagia di akhirat
Keluarga yang akan dibina – keluarga yang senang dan mewah lagi beriman
Ilmu yang dikejar – ilmu dunia dan akhirat
Objektif atau kejayaan kecil – mengecap kejayaan dunia dalam keadaan yang bersyukur
Wanita – sederhana dalam semua hal
Lingkungan nafsu – nafsu lawamah dan mulhamah
Prinsip – Bahagia dunia akhirat

Akhirat
Personaliti – waraq, alim, soleh
Bentuk dan jenis pemikiran – semua yang mendatangkan pahala dan kebaikan, berpegang teguh pada syariat
Keluarga yang dibina – keluarga yang soleh
Ilmu yang dikejar – ilmu fekah dan tauhid
Objektif atau kejayaan kecil – berbakti kepada masyarakat dan Negara
Wanita – wanita yang solehah dan terpelihara kesuciannya
Lingkungan nafsu – nafsu mutmainnah
Prinsip – syurga ALLAH

ALLAH
Personaliti – bebas, berani, alim, soleh,zuhud, qanaah
Bentuk dan jenis pemikiran – sangat terbuka, tidak takut akan apa-apa di dunia, halus dan dalam cara pemikiran, tidak menghukum
Keluarga yang dibina – keluarga yang mengenal ALLAH
Ilmu yang dikejar – fekah, tauhid dan tasauf
Objektif atau kejayaan kecil – menundukkan nafsu dan makrifatullah
Wanita – wanita yang redha dalam semua keadaan
Lingkungan nafsu – Nafsu radiah, mardiah dan kamil
Prinsip - ALLAH

Perkara-perkara yang disebutkan tadi tidak semestinya tepat dan betul tetapi ianya adalah dasar atau asas kepada pengenalan kepada jenis-jenis manusia. Perkara tersebut berlaku atas perbezaan yang diberikan oleh ALLAH berteraskan kepada tahap iman, tahap dan jenis ilmu, keupayaan berfikir, kesucian jiwa dan yang terbesar sekali adalah tahap hidayah yang dianugerahkan ALLAH kepada manusia itu.

Justeru itu, perbezaan pendapat, cara hidup, pemikiran dan personaliti adalah perkara lumrah bagi semua manusia berdasarkan kepada tujuan hidup setiap manusia lantaran kehebatan dan kebesaran ALLAH yang menjadikan semua itu berbeza.Malah mempunyai tujuan hidup itu juga, adalah anugerah terbesar dari ALLAH. Asas utama yang perlu ada dalam setiap diri seseorang adalah keupayaan berlapang dada dan toleransi dalam perbezaan antara sesama manusia. Justeru itu, janganlah mudah untuk menyalahkan seseorang muslimin tanpa mengetahui latar belakang mengenai dirinya.

0 ulasan:

Catat Ulasan