Rabu, 30 Jun 2010

Membina keyakinan diri

Di zaman sekolah rendah dan menengah, saya mempunyai masalah inferiority complex lantaran saya bertubuh kecil dan agak rendah jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain. Tumbesaran saya agak lambat meskipun begitu ALLAH menganugerahkan sedikit kelebihan iaitu kecerdasan berfikir.

Masalah inferiority kompleks saya itu bertambah kompleks dan komplikated di era Pra University sehingga menimbulkan masalah akhlak dan kurang displin dalam diri saya. Saya menjadi anak muda yang kurang keyakinan diri, suka memberontak, bengis, mudah marah, gemar bergaduh, tidak minat belajar dan kurang rasional. Hanya dua saja kelebihan saya atas kelemahan-kelemahan itu iaitu imaginasi yang tinggi dan gemar membaca bahan-bahan bacaan yang saya sukai sahaja. Masa itu belum minat membaca Al quran.

Kemudian di zaman University, saya melampiaskan sifat agresif dan radikal saya melalui irama thrash dan heavy metal. saya menjadi Mat Trash (mat sampah), yang tidak berdsiplin, pemalas dan suka pada kerosakan. Atas limpah kurnia, rahmat dan kasih sayang ALLAH, seorang senior, memaksa saya mengikutnya menyertai jemaah tabligh keluar 3 hari. Selepas 3 hari itu, saya terasa diri dibersihkan dan menambah banyak ilmu secara praktikal mengenai sunnah-sunnah Nabi Muhamammad tetapi lantaran sifat agresif dan radikal yang sedia ada, telah mengakibatkan saya menjadi 'jaws' (istilah tabligh) iaitu orang baru yang bersemangat untuk berdakwah. Sifat radikal itu membuatkan saya dijauhi oleh rakan-rakan thrash dan seperjuangan. natijahnya, semangat 'jaws' itu hanya bertahan beberapa minggu sahaja dan saya mula mendengar irama Cromok dan Metallica semula.

Seorang lagi senior tampil membantu dan mengajak saya menyertai askar wataniah. 'kalau betul ko brutal dan berani, masuk askar la!', cabarnya. Teruja dengan cabarannya, saya pun mengikutnya menyertai Unit JLJ, Askar Wataniah. Maka saya pun melapor diri dan menjalani latihan rekrut selama sebulan. Dalam kursus itu, saya tidak dapat memberontak lantaran keletihan dan kesibukan. Ada insiden dimana saya mahu bertumbuk kerana sebaldi air tetapi diselesaikan dengan berjogging keliling padang kawad sambil memikul kayu balak bersama mamat yang diajak bertumbuk itu. Sehabis latihan rekrut, saya menjadi seorang yang rajin, cergas dan bersemangat. Ketika itu, semangat bergaduh masih ada tetapi sudah dapat dikawal. Hanya displin saja yang masih gagal saya kuatkan dalam diri. Saya mendapati, dunia ketenteraan adalah sesuai dengan jiwa saya manakala jemaah tabigh menjadi semangat perjuangan saya. Maka jadilah saya tentera tabligh yang Cromok ketika itu.

Kesemua perkara itu secara tidak langsung telah membentuk keyakinan diri dan memulihkan masalah inferiority kompleks saya. Maka saya terus meningkatkan kerjaya ketenteraan sehingga kepangkat pegawai dan pada masa yang sama meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama khususnya tasauf sehinggalah ke peringkat mengenal diri. Bidang pekerjaan saya dalam pembedahan jantung juga memberi impak yang besar dalam peningkatan keyakinan diri. Justeru itu, saya melihat dan merasai bahawa keyakinan diri itu boleh dibentuk melalui 3 faktor iaitu agama, siasah diri dan latihan.

Agama
1. Keyakinan terhadap ALLAH - tahap yakin ini berbeza-beza dan mengikut hidayah, rahmat dan inayah yang dianugerahkan ALLAH kepada setiap muslimin. keyakinan terhadap ALLAH boleh dipupuk dengan ilmu, penglihatan dan perasaan. Ilmu iaitu ilmu tauhid, penglihatan iaitu peristiwa atau kejadian dan perasaan itu adalah 'rasa' yang terhasil dari penyatuan ilmu dan penglihatan tersebut. Ianya perlu kan pengorbanan, masa dan semangat untuk dipupuk. Ianya lebih mudah apabila belajar ilmu tasauf yang terpimpin. Kena cari guru mursyid.

2. Solat - Utamakan solat. Jaga solat. Minta sesuatu dengan solat. Solat ibarat cara mengadap Yang Maha Kuasa, raja segala raja dan tuan punya langit dan bumi. solat adalah upacara penyembahan diri. Solat adalah segala-galanya. Solat berperasaan lebih mudah dilatihkan dan diterapkan ketika keluar berdakwah seperti dalam jemaah tabligh.

3. Bertafakur - ibarat pepatah sufi,'berfikir sesaat adalah lebih baik dari seribu tahun ibadat', setelah dihalusi dan didalami, ada benarnya pepatah itu. Apabila kita rajin berfikir, kita akan mula mencari diri, mencari tujuan hidup, punca segala-galanyanya lalu mendorong kita mencari ilmu, mendatangi orang-orang alim, bertanya mengenai persoalan dan membaca al quran untuk mencari jawapan. Kena rajin membaca buku atau majalah yang memprovokasi minda untuk berfikir.

4. Al-quran - setelah saya membaca terjemahan dan tafsir al quran, barulah perasaan kasih dan sayang terhadap al quran itu muncul. selama ini, saya mengeja dan membahasakan al quran itu dengan bahasa arab lantaran tidak memahaminya. ibarat burung kakak tua saja rasanya. tetapi apabila telah membaca terjemahan al quran, saya mendapati, al quran itu adalah surat cinta dan kasih nya ALLAH terhadap makhlu kNya. Al quran itu adalah perutusan kasih yang lebih hebat dari surat cinta kepada kekasih. sedihnya bila membaca surah ar rahman, seronok campur takut bila membaca surah waqiah, mengharapkan keampunan bila membaca surah yaasin dan tunduk hormat ketika membaca ayat kursi.

5. zikir - zikir terbahagi kepada 2. zikir hasanah dan zikir darajat. zikir hasanah adalah zikir untuk mendapat ganjaran pahala ataupun kebaikan seperti subhanALLAH, alhamdulillah dan ALLAHuakbar. Zikir darajat pula adalah zikir utama untuk meningkatkan siasah diri dan perlu diminta cara pengamalannya dari ulamak-ulamak sufi. Walau bagaimanapun, zikir terpecah pada pelbagai cara malah membaca al quran, bertafakur, membaca buku agama, mendengar ceramah agama dan bercerita mengenai agama juga adalah kategori zikir yang mana perlu dijaga adab-adabnya untuk mendapat keberkatan.

Keyakinan diperingkat spiritual ini adalah penting supaya kita tahu dan yakin bahawa kita sentiasa mempunyai tempat untuk meminta pertolongan dan tahu bagaimana caranya untuk meminta pertolongan. 'Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat!'.

Siasah Diri
6. Mengenal diri - mengenal diri terpecah kepada dua kategori iaitu spiritual dan ilmiah. untuk mengenal diri secara spiritual sehingga membentuk keyakinan yang padu dan jitu kepada ALLAH dan diri, perlukan ilmu tasauf yang terpimpin. Bahayanya ilmu tasauf ini apabila tidak dipimpin oleh seorang guru yang arif adalah apabila ilmu tauhid tidak begitu kuat dalam hati yang mengaibatkan hati akan mudah tertipu dengan tipu daya syaitan yang akan menggelincirkan ijtihad dari segi akidah. Tetapi pentingnya ilmu tasauf ini adalah ianya akan menyederhanakan pemikiran serta tindakan dan menguatkan semangat lantaran keyakinan yang jitu kepada ALLAH lalu secara automatik keyakinan diri meningkat.

Dari segi ilmiahnya pula, kita boleh mengenal kekuatan dan kelemahan diri melalui personaliti test dan psikologi analisis dengan tujuan untuk mencari kekuatan watak dan perangai kita lalu disesuaikan dengan kehidupan. Ilmu astrologi yang bukan bercorak ramalan juga boleh dijadikan rujukan setelah dikaji oleh diri kita sendiri tentang kebenarannya. sebagai contoh, seorang yang dilahirkan pada bulan 0gos biasanya berciri pemimpin, bersifat api dan sukakan sanjungan. sekiranya didapati benar, maka ianya boleh digunakan untuk menyakinkan diri lalu mencari pekerjaan yang sesuai. Begitu juga dengan astrologi cina, jawa, arab, india dan sebagainya. Ilmu tersebut adalah hasil kajian ilmiah berjuta-juta tahun lamanya sejak kewujudan manusia. jangan percaya seratus peratus, tetapi kajilah sendiri kerana kita sendiri tidak dapat melihat kesemua watak dan perangai kita melainkan diberitahu.

7. Yakin boleh
Apabila kita sudah mengenal kekuatan diri, maka kita berkeyakinan dengan kebolehan kita. Sebagai contoh, saya tidak mengetahui yang saya ini mempunyai bakat kepimpinan lantaran masalah inferiority kompleks yang telah dihidapi bertahun-tahun lamanya. walaupun telah digilap dalam tentera, diberi hala tujuan oleh jemaah tabligh dan dilembutkan oleh ilmu tasauf tetapi saya hanya mengetahui dan mengesahkannya setelah saya membaca ilmu astrologi. sejak dari itu, saya menjadi bertambah yakin akan segala perkara yang ingin saya lakukan.

8. Buat dulu baru cakap - itu prinsip dan jiwa saya. Saya hanya berani bercakap mengenai sesuatu perkara apabila ianya telah saya lalui. Saya sukakan sesuatu yang baru, mencabar dan aktif. Jadi, buat dulu, jadi tak jadi belakang kira. Ibarat nak gaduh atau nak bersukan, lawan dulu, kalah menang belakang kira. Enjoy the fight and dare to fail!

9. Pandang positif walaupun dalam keadaan yang sukar - perkara ini memang banyak kali berlaku kepada saya. Saya akan pandang positif kepada seseorang waima betapa buruk wajahnya, jahat akhlaknya dan cabul mulutnya. Bila kita pandang positif pada seseorang, kita boleh berfikiran rasional dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

10. Kena sabar beb! - sabar adalah separuh dari iman. manusia yang terhebat adalah manusia yang paling sabar. bayangkanlah betapa hebatnya kesabaran para nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ayub dan kecintaan, kita nabi Muhammad s.a.w.

11. kena ada idola - idola saya adalah Nabi Ibrahim atas kebijaksanaannya yang natural, Nabi ayub atas kesabarannya menempuh dugaan dan Nabi Muhammad s.a.w. atas akhlaknya yang begitu idealistik serta cintanya ALLAH kepada nya. ALLAHUMMA SOLLI ALAA SAYIDINA MUHAMMAD! Juga Khalid Al Walid, Panglima Islam yang tak pernah kalah, atas kebijaksanaan taktik dan strategi perang, Salehuddin Al Ayubi, Syeikh Abdul Kadir Jailani, Hassan Al Banna, Sunan Kalijaga dan ramai lagilah..

Latihan
12. latihan ketenteraan - sekarang ni ada khidmat negara, lagi mudah

13. latihan dakwah - paling mudah, joint tabligh...3 hari seumur hidup pun sudah memadai

14. latihan mujahadah diri - perang dengan diri sendiri. Yang ini, sampai sekarang pun belum menang lagi!

Begitulah sedikit curahan pengalaman saya membentuk keyakinan diri. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dituliskan tetapi atas sifat malas yang masih belum dikikis habis,maka setakat itu saja yang mampu dicoretkan disini. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk diri sendiri. Supaya sentiasa ingat dan bersemangat.

Dare to fail and dare to win! Who dares win!

0 ulasan:

Catat Ulasan