Jumaat, 4 Jun 2010

Semangat untuk berperang

Saya tidak tidur satu malam lantaran terlalu asyik membaca buku Sejarah Umat Islam tulisan Prof Dr Hamka. Hanya bab Sejarah Kerajaan Islam di Indonesia dan Tanah Melayu sahaja yang mampu saya habiskan malam itu. Esoknya, selepas tidur seketika, saya menyambung pula ke bab sejarah Kerajaan Islam di tanah arab. Itu pun masih belum habis.

Ada beberapa kenyataan yang boleh saya buat kesimpulan hasil dari pembacaan setakat ini.

1. Dalam jangkamasa 400 tahun ke belakang, rumpun melayu di Asia tenggara sentiasa bergolak dan berperang lantaran ketamakan dan kerakusan bangsa lain.

2. Kejatuhan kerajaan melayu Islam bermula dari Kerajaan Melaka, Acheh, Demak, Banten dan Makasar adalah akibat perebutan kuasa, kelemahan pemimpin, sikap tamak atas pangkat dan harta dunia dan pengkhianatan terhadap bangsa sendiri.

3. Portugis, Belanda dan Sepanyol menggunakan taktik membeli kesetiaan dengan harta dan pangkat, melaga-lagakan anak-anak raja dan menipu dengan tipu helah yang sangat hina.

Rumusannya, sebagai muslim, memang kita akan diperangi dari segenap arah. Dari dalam oleh nafsu dan pujukan syaitan manakala dari luar oleh manusia-manusia berjiwa nafsu serta bermentorkan syaitan. kalau dibuat turutan, perang itu maka inilah musuh-musuh seorang muslim

1. nafsu sendiri - kehendak-kehendak yang melampaui batas
2. syaitan - makhluk yang membisikkan motivasi untuk berbuat kejahatan
3. manusia yang sudah dikuasai oleh nafsu dan syaitan - makhluk yang tidak jujur dan tamak akan kemewahan dunia

Dalam satu hadis, maaf, tidak saya ingat siapa perawi dan sanadnya, Rasullullah telah bersabda selepas umat muslim kembali dari medan perang Badar,' Kita baru saja kembali dari medan perang yang kecil untuk berperang dengan medan perang yang lebih besar dan panjang', maka tercengang-cenganglah para sahabat lantaran hebatnya perang badar itu, dikatakan kecil saja oleh rasulullah lalu mereka bertanya,'Apakah perang yang lebih besar itu?'. Lalu rasulullah menjawab, 'Perang diantara dua lambung mu!'.

Perang ke atas nafsu itu memang perang yang besar dan panjang. Perang ke atas syaitan itu memang dinyatakan dalam al-quran lantaran syaitan itu adalah musuh manusia yang nyata. Perang ke atas manusia yang bertuankan nafsu dan bermentorkan syaitan adalah perang yang terakhir sekali dan paling ringan sekali antara 3 perang yang dinyatakan.

Malangnya, akibat tipu daya dan manipulasi syaitan ke atas manusia, kita hanya melihat perang dengan manusia syaitan dan nafsu itu sebagai perang yang terbesar kerana kita melihat kesannya secara zahir seperti pembunuhan, penindasan dan kerosakan.

Sekiranya, hati masih dibalut dengan nafsu yang inginkan kemewahan, kesenangan, kekuasaan dan kebahgiaan, bagaimana mahu berperang dengan syaitan dan manusia-manusia syaitan itu.

Tundukkan nafsu dan keinginan lalu bulatkan tekad untuk menuju ALLAH! Bangkitlah sebagai perwira Islam yang mengidamkan syahid, yang berani mati bukan asebab senjata sahaja,yang tidak gegar jiwanya dengan Tank Abram, Merkava maupun UAV, yang hatinya ada ALLAH semata-mata!

Kalau belum sampai tahap seperti itu, maka bersiaplah, berusahalah dan bermujahadahlah ke arah itu. Sebelum sampai ke tahap itu, bantulah mereka yang sudah sampai ke darjatnya.

Ironi sungguh ya...Israel itu memang sudah diketahui jahat dan bangsatnya lantaran penindasan yang diterima bangsanya sejak dulu, tapi Thailand dan Filifina, yang menindas sehingga membunuh umat islam dengan senjata di masjid (Israel pun masih ada hormat sedikit pada msajid), di pandang sepi oleh masyarakat Malaysia yang tinggi semangat agamanya...! kuman seberang laut dibela, gajah depan mata mati kelaparan! Kenapa takde demonstrasi membantah Thailand dan Filifine ya? Ada pilih bulu ke?

0 ulasan:

Catat Ulasan