Maaf, penulisan ini ditulis dengan hati yang geram dan membara lantaran jiwa ini menjerit-jerit minta diluahkan apa yang membakar dihati. sebaik saja sampai dirumah, dengan tidak sabar-sabar saya membuka laptop dan menaip berita sensasi ini.
Malam tadi, saya telah ke danau kota yang nama glamernya uptown dengan tujuan untuk bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dari Kuwait. Sesuatu yang menyesakkan jiwa, membakar nafsu dan menguja semangat telah berlaku! Bandar kecil itu meriah dan penuh dengan gadis-gadis melayu yang bertelanjang! Ada yang berseluar pendek memperlihatkan peha dan betis, ramai yang berseluar jeans ketat hingga menampakkan bentuk punggung (epal atau tomato atau pipih), dan hampir kesemuanya bertshirt ketat yang menunjukkan bentuk tubuh dan saiz buah dada. 60 peratus bertudung tetapi pakaiannya tidak menutup aurat secara sempurna.
Yang bertudung itu, mungkin ada cahaya iman yang tersemai dihatinya tetapi fikrah Islam belum menguasai jiwa. Mungkin mereka jahil atau tidak tahu mengenai tatacara pakaian wanita Islam yang sebenarnya. Yang tidak bertudung, berseluar pendek dan bert-shirt sendat pula, mungkin hanya tinggal nama Islam tetapi sudah berwatak seperti Amoi-amoi cina yang beragama Budha. Yang membezakan adalah warna kulit dan mata yang tidak sepet.
Saya menjadi tidak karuan berada di sana. Tengok kiri terpandang peha, tengok kanan terpandang punggung, tengok depan ternampak buah dada yang walaupun berlapis 2 helai kain, tetapi masih kelihatan alur dan saiznya. Terasa mahu menerkam saja mereka-mereka ini kerana seperti dipanggil-panggil,’marilah-marilah!’. Tera saya ini yang sedang 'bermujahadah sampai mati' pun belum mampu menundukkan pandangan, apatah lagi lelaki-lelaki yang pelbagai tahap, latar belakang, peringkat umur, dan kerakusan nafsu. Mujur isteri saya berada dalam kawasan. Kalau di luar kawasan, aduh, teruk juga menahan rasa.
Inilah puncanya begitu banyak kejadian rogol, penzinaan, kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi. Mungkin gadis-gadis seksi itu tidak dirogol atau diratah, tetapi gadis lain pula yang menjadi mangsa akibat terseksanya lelaki yang melihat. Apabila lelaki diseksa batinnya, tindakan pemberontakannya lebih kejam dan sadis. Lalu lelaki itu yang salah.
Saya hanya lelaki normal, yang belum sampai ke tahap luar biasa sehingga mampu menundukkan pandangan dalam situasi begitu. Setelah melarikan diri dan melihat di tempat yang sepatutnya sahaja dipandang, barulah reda hati saya ini. Setahu saya, pakaian untuk wanita muslim adalah
1. Tidak jarang sehingga kelihatan warna kulit
2. Menutup keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan
3. Tidak berwarna cerah dan menarik perhatian
4. Tidak menampakkan bentuk tubuh dan menutup perhiasan wanita
Berbanding dengan wanita-wanita timur tengah, yang memang pakaiannya sepertimana yang dinyatakan di atas, pandangan saya ke atas mereka adalah pandangan hormat, kasihan, lembut dan mengasihi walaupun budi bahasa mereka kasar. Lelaki-lelaki mereka memang sungguh cemburu sehingga walaupun berhijab seperti itu, sekiranya kita merenung kepada isteri atau anak perempuan mereka, silap haribulan, makan penampar.
Dapat sungguh dirasakan perbezaan dengan melihat gadis-gadis melayu seksi itu apabila perasaan yang timbul adalah geram, rakus, ingin mengerjakan lalu ditinggalkan.
Teringat saya sebuah buku yang berjudul ‘Dialog dengan Jin’ oleh Muhmamad Isa Dawud yang menulis bagaimana seekor jin Islam yang berkomunikasi dengannya menceritakan apabila seorang wanita bertabaruj (bermekap) lalu keluar dari rumahnya, syaitan-syaitan jantan akan meluru kepadanya lalu melekat dimuka. Apabila mereka mendedahkan aurat, bergayut-gayutlah syaitan-syaitan jantan itu di tempat yang terbuka auratnya itu. Pengelompokkan syaitan-syaitan itu di tubuh wanita akan menarik pandangan dan perhatian lelaki-lelaki normal seperti saya ini melainkan lelaki yang dipelihara oleh ALLAH. Tarikan itu ibarat cahaya dimalam yang gelap.
Benarlah apa yang Nabi Muhammad bimbangkan ujian wanita terhadap umatnya. Benarlah juga bagaimana wanita ini mudah dijadikan perangkap syaitan. Justeru itu, wahai wanita-wanita, tutuplah aurat mu dengan sebenar-benarnya. Itu adalah perintah ALLAH dan pesanan Nabi Muhammad s.a.w. Janganlah hanya nama saja Islam, tetapi pakaian seperti Amoi Budha atau Minah salleh kristian.
0 ulasan:
Catat Ulasan