Ahad, 8 Ogos 2010

Amerika yang gampang


Semasa dan selepas menonton sebuah filem yang saya download dari internet, ‘Battle for Haditah’, perasaan saya menjadi marah dan benci kepada tentera Amerika. Filem itu mengisahkan tentang operasi Tentera Marine Amerika dari Divisyen pertama, 1st brigade Marine, yang ditugaskan untuk menjaga keamanan di Bandar Haditah, Ramadi, Iraq. Apabila seorang anggota marin terbunuh dan dua lagi cedera akibat letupan IED (bom yang ditanam ditepi jalan) oleh kumpulan Mujahidin, platun atau skuad yang terlibat telah menyerbu penduduk yang berdekatan dan membunuh 18 orang penduduk awam, lelaki dewasa, warga tua, wanita dan kanak-kanak. Hanya kerana seorang rakan mereka terbunuh, mereka membunuh 18 orang awam yang tak bersalah. Gampang Marin Amerika!

Filem kisah benar itu memang bermutu kerana lakonan pelakon-pelakonnya yang natural dan real sehingga mampu membuatkan saya beremosi. Digambarkan, askar-askar marin ini sebelum sesuatu operasi atau semasa dalam perjalanan ke kawasan operasi, akan mendengar lagu-lagu irama keras dan rancak seperti thrash dan metal untuk menaikkan semangat dan keagresifan. Memang benar kerana saya sendiri gemar mendengar muzik yang rancak dan keras apabila mahu menaikkan semangat juang. Adakalanya, lagu-lagu tersebut merangsang jiwa untuk membunuh.

Kawasan yang digempur oleh mereka hanyalah sebuah kampong arab, yang penduduknya terdiri dari orang-orang awam, wanita, warga emas dan kanak-kanak. Pilu hati saya menyaksikan apabila sebuah keluarga yang baru selesai mengadakan majlis kenduri berkhatan anak lelaki mereka yang berusia 4 tahun, habis dibunuh oleh skuad marin yang gampang itu. Skuad tersebut menendang pintu rumah, menembak sesiapa yang berada didalamnya dan melemparkan bom tangan ke dalam bilik yang sedang ditiduri oleh 3 kanak-kanak berusia 5-9 tahun. Selepas membunuh, mereka pulang ke kem dan meraikannya dengan bir dan menerima tahniah dari pegawai atasan mereka.
Gampang sungguh Amerika!

Meskipun saya pernah merasai perasaan seorang tentera, keagresifan berjuang dan ‘adrenalin rush’ bergaduh, tetapi untuk membunuh orang awam yang terdiri dari wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata, saya rasa adalah dosa yang terlalu besar dan sifat yang terlalu zalim. Mentang-mentanglah mereka bersenjata, memakai jaket kalis peluru, berkasut boot dan mempunyai sokongan tembakan dari udara, mereka merasakan yang mereka begitu berkuasa, kuat dan gagah dikalangan oarng-orang yang lemah. Gampang sungguh Amerika!

Ironinya, begitu banyak pengaruh Amerika yang melekat dijiwa saya ketika ini seperti pakaian (seluar jeans, kemeja dan kasut), peralatan (TV, radio,computer, windows, internet explorer, handphone),pemakanan(Nescafe,mayonis,burger,nugget,hotdog), filem(DVD,Astro,TV), system(facebook,kehakiman, university, perbankan, forex, politik, ketenteraan), buku (penerbitan,pengarang), ilmu (gender, psychology, perubatan), hiburan (filem, nyanyian, sukan) dan pemikiran (rasional and logical thinking, matematik dan sains, kesenangan dan kemewahan), yang berjenama atau dipelopori oleh Amerika, namun kebencian terhadap budaya Amerika ini masih samar-samar.

Terasa diri ini begitu munafik sekali. Beriya-iya membenci Israel dan Amerika tetapi yang nyatanya, pendukung kuat kepada mereka. Budaya dan pemikiran Amerika ini begitu kuat mengikat segenap segi kehidupan saya. Saya cuba membenarkan tindakan saya dengan menganggap bahawa saya menggunakan teknologi, pemikiran dan kehidupan Amerika itu hanya sebagai alat yang terpaksa saya gunakan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, tetapi tetap terasa betapa penakut, lemah dan menipunya saya kepada diri sendiri dan ALLAH.

Untuk keluar dari dunia Amerika itu, saya harus menjadi seorang penentang arus. Saya terpaksa hidup dengan keadaan yang sukar, salah anggap masyarakat, tuduhan dan cemuhan. Untuk keluar dari dunia itu saya terasa wajib mengasingkan diri dan terasa seperti ingin lari dan tinggal dihutan, padang pasir, gua atau tempat-tempat semulajadi yang tidak perlu berdepan dengan manusia dan budaya manusia. Apabila mengasingkan diri, maka timbullah pula anggapan masyarakat yang berfikiran fekah, mengatakan perkara itu adalah salah dan sesat lagi menyesatkan serta tidak dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. walaupun kebanyakan mereka mengetahui mengenai sirah nabawiyah.


Jauh dilubuk hati saya, USA adalah negera yang paling jijik untuk saya jejaki biar bagaimana hebat sekali pun kisah kegemilangan, kemajuan dan keindahannya lantaran saya terasa ada terlalu banyak unsur-unsur kesyaitanan disana. Seluruh kehidupan disana adalah ibarat syurga Dajal dan disitulah pusat dan paksi kelompok Illuminati, kelompok elit pemuja Iblis. Akan saya dedahkan dalam rencana akan datang. Sebelum itu, sekali lagi, Gampang sungguh Amerika!.

0 ulasan:

Catat Ulasan