Sudah lama tak menjengok blog ini lantaran kesibukan dengan novel dan Forex. Teringin menulis blog, lalu saya menyampaikan apa yang tergerak untuk disampaikan. Bukan kuasa saya untuk menggerakkan hati manusia kerana untuk menggerakkan jejari menaip pun bukan kuasa saya sebenarnya.
Marah sungguh muslimin malaysia kepada Israel sehingga begitu banyak kempen, demonstrasi, poster, misi-misi dan sebagainya untuk membela rakyat Palestine. Saya pun marah juga kepada israel tetapi tidak bersemangat seperti yang lain lantaran saya melihat perkara itu dari perspektif yang berbeza. Ada juga negara yang membuatkan saya marah sehingga saya terasa ingin menyertai mereka-mereka itu tetapi apakan daya, semangat setakat ini sahaja.
Israel - adalah negara kebangsaan yahudi yang mendukung fahaman zionis dan akan berusaha untuk mengekalkan kekuasaan dan kedaulatan negaranya samada benar atau salah.
Afghanistan - negara yang sentiasa bergolak dengan penjajahan sejak dari tahun 1890 lagi. Tak henti-henti negara itu cuba dijajah oleh kuasa besar.
Iraq - negara yang memang benar-benar dicabuli kedaulatannya oleh Amerika dan sekutunya. Sehingga sekarang masih bergolak.
Pattani - daerah jiran kita yang sedang ditindas oleh pemerintah Budha di thailand dan sedang berusaha mencari kedamaian.
Mindanao - daerah jiran kita yang sedang ditindas oleh pemerintah kristian filifina dan sedang berusaha mencari kedamaian.
Antara kesemua wilayah bergolak yang saya sebutkan itu, persamaannya adalah kematian, pembunuhan, penderitaan, ketakutan dan kesengsaraan. Perbezaannya yang utama adalah perhatian muslimin Malaysia ini.
Adakah kerana warga Palestine itu berbangsa Arab, atau Masjidil Aqsa dibawah pemerintahan Israel atau kerana bencinya muslimin melayu pada kaum yahudi sehingga tidak nampak atau terlupa dengan jiran yang terdekat seperti Pattani dan Mindanao. Walhal, mereka itu beragama Islam, ditindas kerana beragama Islam, berkulit sawo matang sama seperti kita dan berjiran sebelah kaki dengan kita sedangkan rakyat Palestine ditindas atas sebab kebangsaan dan perampasan tanah. mereka bukan dimusuhi kerana beragama islam! Tetapi di Pattani dan mindanao, mereka dimusuhi kerana beragama Islam.
Apakah yang membuatkan muslimin Malaysia nampak kuman di seberang laut tetapi gajah sebelah telinga tak nampak? Apakah proriti pertolongan kita sebenarnya? Adakah masjidil aqsa atau kaum yahudi? kerana sekiranya ingin memberi bantuan kepada kaum muslimin di Gaza, kenapa muslimin di pattani dan mindanao tidak dibantu? kenapa di Afganistan dan iraq tidak dibantu? malah di Ambon satu ketika dulu pun tidak dibantu? tidak ada tunjuk perasan, kempen2 dan poster2 untuk Pattani dan Mindanao. kenapa? why?
Saya sering berfikir mencari punca sebenarnya, kenapa jadi begini? Yang sebenarnya, saya hanya menyampaikan rintihan seorang pelarian Pattani ke Malaysia yang bertanya kepada saya mengapa orang malaysia tidak membantu mereka? sedangkan memang terang-terang orang yang melaksanakan Islam akan dibunuh disana. pembunuhan terbanyak berlaku dimasjid, dipondok2 tahfiz dan di sekolah agama. saya sungguh terharu mendengar kisahnya sehingga saya tidak nampak Palestin itu.
Pada saya, dunia ini ada dua kuasa. Kuasa baik dan kuasa jahat. Islam adalah terletak pada kuasa baik tetapi ada juga muslimin yang tertipu dan mengikut kuasa jahat walaupun dia Islam. Kuasa baik adalah hidayat, bimbingan dan pertolongan dari ALLAH kepada sesiapa saja, kepada semua bangsa, kepada semua agama kerana kita semua adalah makhluk ALLAH. Kuasa jahat pula adalah manipulasi, tipu muslihat dan tunjuk ajar Iblis ke atas semua manusia sehingga mereka menjadi syaitan-syaitan manusia tanpa sedar. Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja diselamatkan ALLAH dari tipu daya itu.
Imaginasi saya sehingga membayangkan bahawa ianya mungkin perancangan MOSSAD dan golongan ILLUMINATI(manusia penyembah Iblis) yang berpusat di singapura. Ada sesuatu yang diatur oleh mereka sebagai 'tactical mind diversion' ke atas muslimin Malaysia sehingga kebanyakan kita lebih menunpukan perhatian ke Palestin, tidak ke Afganistan, Iraq dan lebih-lebih lagi Pattani dan mindanao.
Apa-apa hal pun sentiasalah bermujahadah kerana mati sentiasa dekat dengan kita. Baik di palestin, Afghanistan, Kuwait, Mekah maupun Rawang, sahabat terdekat kita adalah MATI!Berhati-hati dengan tipu daya Iblis. dia memang sangat pandai dan mahir menipu.
0 ulasan:
Catat Ulasan