Sabtu, 25 September 2010

Dr Hanny, sahabat ku dari Mesir




Saya mendapat seorang sahabat baru berbangsa Mesir dan kami banyak bertukar-tukar pendapat dan ilmu. Antara fikiran yang kami muzakarahkan adalah


a. Adakah bangsa Mesir itu arab?
‘Adakah bangsa Mesir itu bangsa Arab?’, Tanya saya. Jawabnya, ‘dalam sebuah hadis Nabi, Nabi mengatakan, bangsa Mesir itu adalah ibu kepada bangsa arab’. Dan saya bertegas, ‘makanya, bangsa Mesir bukanlah bangsa arab!’. Dengan tegas juga dia mengulangi bahwa bangsa Mesir adalah ibu kepada bangsa arab. Lalu saya jelaskan kepadanya, ‘tidakkah kamu mengetahui bahawa bangsa arab itu adalah adik beradik rapat kepada bangsa yahudi melalui Nabi Ibrahim?’. Dia mencebik saya. ‘Bangsa arab dari keturunan Nabi Ismail melalui Siti Hajar manakala bangsa yahudi dari keturunan Nabi Ishak melalui Siti Sarah dan kedua-duanya adalah isteri kepada Nabi Ibrahim.’ Jelas saya sambil tersenyum dan dr Hanny mengurut-ngurut janggutnya. ‘Mujur kami bukan bangsa arab’ katanya….


b. Nabi Muhammad beristerikan gadis yahudi
Dr Hanny mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w mempunyai seorang isteri dari keturunan yahudi yang bernama Saffiyah. Pada mulanya saya meragui kenyataannya itu, tetapi apabila saya mencuri baca sebuah buku mengenai isteri-isteri Nabi di sebuah kedai buku di Lulu (sebuah pasaraya di Kuwait), maka percayalah saya akan kata-katanya itu. Memang benar, Nabi Muhammad s.a.w. ada beristerikan seorang wanita yahudi yang cantik, bijak dan berdarjat tinggi lantaran dia adalah anak gadis kepada ketua yahudi Bani nadhir yang telah menikam muslimin dari belakang. Setelah bani yahudi itu ditewaskan, semua lelaki dan wanita yahudi telah menjadi tawanan perang. Mulanya, Safiyyah dituntut oleh salah seorang sahabat untuk dijadikan hamba, tetapi kerana darjat gadis itu yang tinggi dan kebijaksanaannya, Nabi Muhammad menukarkan safiyah dengan tawanan lelaki untuk dijadikan hamba kepada sahabat tersebut lalu baginda membebaskan Safiyah dari kehambaan dan memperisterikannya. Tindakan baginda itu telah menimbulkan kecemburuan Aisyah sehinggalah akhirnya Aisyah berjaya mengatasi emosinya lalu mengunjungi safiyah yang diletakkan Nabi di rumah salah seorang sahabatnya. Saya pula menceritakan kepada nya mengenai sejarah itu dengan panjang lebar. Dr hanny mengurut janggut dan berkata, 'saya yang menceritakan dahulu. kamu hanya menambahnya sahaja.'

c. Pertubuhan Palestin yang belot
Saya membidas Dr hanny kerana negaranya, Mesir menutup pintu kepada Gaza dan bantuan tidak dapat dilalui melalui Mesir. Dia menjelaskan, sebenarnya, sejak berpuluh tahun, berbilion-bilion dollar bantuan telah diberikan kepada pertubuhan palestin di Mesir. Malangnya, bantuan billion-bilion dollar itu telah disalahgunakan untuk kepentingan diri sendiri oleh pemegang-pemegang amanah persatuan dan pertubuhan Palestin di mesir. Mereka menggunakan wang tersebut untuk kegunaan keluarga mereka di mesir dengan kemewahan. Terkejut saya dengan kenyataannya itu dan saya tidak mempercayainya. Dia menegaskan, ‘Tahukah kamu, berbilion-bilion dollar telah disumbangkan secara rahsia dan terbuka oleh ramai jutawan arab dan kerajaan arab kepada wakil pertubuhan-pertubuhan itu sehingga banyaknya mampu membeli Palestin dari Israel. Malangnya, banyak sumbangan itu tidak sampai ke palestin.’ Lalu lancang pula mulut saya menjawab, ‘Bagaimana bantuan dan wang yang banyak itu boleh sampai apabila Mesir menutup pintu sempadannya di gaza? Bagaimana pula mereka mahu membeli palestin dari Israel sedangkan itu adalah negeri mereka sendiri? Adakah kamu perlu membeli rumah kamu yang telah dirampas pihak lain? Lebih baik kamu beli senjata dan bunuh perampas itu!’. Dr Hanny mengurut janggutnya lagi.

1 ulasan:

  1. Salam. Bercerita pasal mesir ini , saya ada berjumpa seorang ustaz yg belaja di Al Azhar Mesir. Die memberi petua jika seseorang berbangsa Mesir sedang marah, cara utk meredakan kemarahan itu adalah dengan berselawat kepada Nabi Sallllahu 'alaihi wassalam. Ditanya apa rasional berbuat demikian, org org mesir berbangga dengan oleh kerana Maria al-Qibtiyyah berkahwin dengan Rasulullahi Maria al-Qibtiyyah. Wallahu 'aklam

    BalasPadam