Ahad, 17 Oktober 2010

Hari Malaysia ku

Hari ini, aku merasa berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana apabila aku menyebut sahaja nama itu, reaksi wajah, kelakuan dan perasaan rakyat Negara lain yang mendengarnya, terus berubah menjadi gembira dan bersaudara. Sungguh aku terasa dengan perubahan mendadak itu. Ada 4 insiden yang berlaku hari ini.

1.       Kedai gunting

Aku bergunting rambut dengan meminta dan menunjukkan stail komando Malaysia kepada seorang tukang gunting warga Pakistan. Pada mulanya, dia seperti menyampah dengan permintaan ku meskipun kerjanya amat mudah. Membotakkan kepala ku dengan mata bersaiz dua dan meninggalkan sedikit jambul di jendul kepala ku. Kemudian dia bertanya adakah aku orang Filifina. Bila aku menjawab, aku orang Malaysia, terus dia berubah menjadi gembira dan mengatakan ‘Malaysia good country!’. Aku bertanya, adakah, dia pernah datang ke Malaysia dan bagaimana dia tahu yang maysia itu bagus. Dia mengatakan, ‘everybody knows that Malaysia is a good country!’

Dia kemudiannya bersungguh membuatkan teh untuk ku dan mempelawa aku minum. Seumur hidupku, tak pernah aku pergi bergunting dan dipelawa minum teh selepas bergunting oleh si penggunting rambut. Bila aku bertanya, berapakah bayarannya beserta  teh itu, dia meminta 1.5KD dan mengatakan dengan tegas, ‘The tea is free. It’s from me. Not included in the payment.

 Marah sahabatku Joe apabila mendengar cerita ku ini, selama ini, dia bergunting dan perlu membayar 2KD tanpa teh dan layanan istimewa.  

2.       Restoran shawarma

Aku membeli beberapa biji Shawarma (sejenis roti arab berinti daging dan sebagainya) di sebuah restoran Lubnan. Pekerjanya langsung tidak boleh berbahasa Inggeris. Aku hanya menunjuk-nunjuk sahaja inti shawarma yang aku mahu. Dia bertanya pada ku, ‘Filifin?’. Aku menjawab, ‘Lak (tidak)! Malayzie!’. Pantas dia menyahut, ‘Lak(tidak)!malaysia!’ Dia pula membetulkan nama Malaysia. Biasanya, arab-arab ini lebih cepat faham apabila sebut Malayzie.  Terus dia menjadi mesra dengan ku dengan menunjukkan jari bagus. ‘Malaysia good!’ dan memberi diskaun yang banyak serta memberi sebutir falafel (sejenis cekodok arab dari herba).

Dipaksanya aku makan falafel itu disitu juga. Aku pun makanlah walaupun aku tidak begitu menyukai falafel demi menjaga hatinya. Terharu aku dengan layanannya itu walaupun aku berpakaian selebet ketika itu.

3.       Kedai PSP

Aku sibuk mencari PSP yang aku janjikan untuk anak-anak ku sebaik pulang ke Malaysia nanti dan berusaha mencari harga yang termurah. Aku disuruh masuk ke sebuah kedai PSP apabila aku bertanya tentang harganya. Seorang arab Mesir yang berwajah jernih, kacak dan muda, menyambutku dengan bahasa inggeris telo arab yang pekat dan sukar difahami. Dia menerangkan kepada ku tentang sebuah PSP original 2nd hand yang sangat bagus untuk dibeli. Pada mulanya aku tidak berminat untuk mebeli PSP 2nd hand walaupun harganya murah RM200.  Dia kemudiannya bertanya samada aku ini orang Filifina. Bila aku menjawab, Malaysia, dia terkejut lalu tersenyum dan menjerit, ‘Malaysia!’. Gembira sungguh dia seperti sudah lama kenal lalu dengan lebih bersungguh lagi dia menerangkan kepada ku tentang PSP tersebut.  Dia bercerita tentang lawatannya ke KLCC dan Malaysia. Tak putus-putus dia memuji Malaysia malah menawarkan banyak hadiah untuk aku membeli PSP tersebut. Setelah aku belek, aku merasa yang ianya berbaloi untuk dibeli dan menjimatkan belanja. Lalu aku beli PSP 2nd hand nya itu dan dia meminta nombor kontak ku serta email lalu memberikan kadnya untuk perhubungan seterusnya.

4.       Pengadil Paintball

Ada seorang pengadil paintball dari bangsa arab yang suka memotong cakap dan bersikap tegas. Aku dengan tenang memintanya memberi peluang kepada kami untuk membuat tembakan pelarasan dan pemanasan dengan Marker paintball M16. Tujuannya, aku nak mengetahui ketepatan tembakan dan kepantasan peluru. Beliau tidak memberi muka dan meneruskan percakapannya. Salah seorang dari kami mengatakan kami dari Malaysia, terus berubah nada suaranya dan dia menurut kehendak ku. Dia bertoleransi dengan membenarkan kami menembak pelarasan tetapi mengarahkan kumpulan masing-masing bergerak dan menembak dikawasan masing-masing.

The game was an enjoyable game. Dah lama aku tak main paintball. Last sekali aku main masa jadi pasukan demo untuk kejohanan Paintball kebangsaan di PJ pada tahun 2003. Secara spontan aku memohon kuasa kepimpinan dan mengatur strategi serta taktikal movement. Ada lagi sisa-sisa taktikal askar aku rupanya.  Kami menang sekali, kalah sekali. Face mask dah kabur dan x nampak apa-apa….main tembak je.

Aku nak cerita pasal Malaysia yang gah dimata dunia tercerita pula pasal paintball. Seperti mana yang pernah aku ceritakan dulu dalam artikel yang lepas, apabila kita tinggal diluar Negara, dan dipandang sebagai pendatang oleh rakyat tempatan, barulah aku merasai bagaimana rasanya pendatang-pendatang asing yang bekerja di negara kita. Apatah lagi kalau kita memandang mereka dengan pandangan yang hina, setelah mengetahui yang mereka dari Indonesia atau Bangladesh atau Myanmar.

Berbeza sekali dengan  mereka itu, apabila aku menyebut nama Malaysia, kepada sesiapa saja rakyat di Negara Kuwait ini, tak kira penduduk tempatan atau asing, mereka memandang dengan pandangan yang hormat dan tinggi. Kenapalah rakyat Negara kita sendiri, kurang menyayangi Negara mereka sedangkan orang lain memandang tinggi nama itu. Mungkin, yang tak sayangkan Negara itu, patut dihantar keluar Negara, supaya mereka dapat menilia, betapa istimewanya, nama Malaysia itu.

1 ulasan:

  1. mahal nye... saya bayar KD 1 & kengkadang 750fills aja... hahaha

    BalasPadam