Selasa, 26 Oktober 2010
Hotel Rwanda
Label:
hotel rwanda
Saya (bersaya pula lantaran dalam keadaan sentimental) baru selesai menonton sebuah filem yang saya download di internet yang berjudul Hotel Rwanda. Ianya mengisahkan bagaimana seorang manager Hotel berbangsa Hutu bertindak tenang dan bijak dalam mempertahankan penginap-penginap di hotelnya sehingga terpaksa menggadaikan segala apa ada untuk menyelamatkan nyawa keluarga, jiran dan manusia lain. Begitu juga dengan tuan punya hotel yang berpusat di Belgium yang cuba membantu sedaya upaya supaya ke semua penghuni tidak di bunuh oleh puak Hutu yang sedang dalam penghapusan etnik puak Tutsi.
Kisah ini memang benar-benar berlaku dan saya pernah terbaca sebuah memoir dari mejar Jegathesan, seorang pengaman tentera Malaysia di Rwanda yang telah ditawan oleh pemberontak-pemberontak Rwanda ini. Kisah tersebut ada diceritakan dalam bukunya yang bertajuk ‘21 days’.
Apa yang berlegar dibenak fikiran saya adalah sedangkan bangsa negro yang hanya berbeza puak sahaja, tergamak untuk membunuh antara satu sama lain dengan cara pembunuhan yang kejam, inikan pula yang memang berlainan bangsa. Itulah yang dinamakan syaitan manusia apabila apa yang ada dalam hati mereka adalah kejahatan dan pembunuhan.
Sungguh, saya khuatir sekiranya perkara itu terjadi di Malaysia. Malah ianya pernah berlaku satu ketika dahulu dalam peristiwa 13 mei 1969. Lantaran perpaduan dan semangat patriotic yang amat lemah serta perebutan kuasa oleh sesetengah pemimpin, perkara seperti itu tak mustahil untuk berlaku. Walaupun saya sentiasa bersiap sedia dan bersiaga akan segala kemungkinan, tetapi, kesedihan dan kesayuan telah terasa, walau ianya belum berlaku lagi natijah dari filem tersebut.
| Reaksi: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

download free ke tuan duktur? :D
BalasPadamdownload free je kak...
BalasPadam