Rabu, 26 Januari 2011

Betullah Lee Kwan yew tu..


Lee Kwan yew kata, orang melayu Singapura tidak perlu untuk melaksanakan Islam dengan sepenuhnya kerana apabila mengamalkan Islam secara total, maka integrasi kaum dan kemajuan hidup tidak akan terlaksana. Maka memang betullah kata Lee Kwan Yew itu. Malah pendapatnya itu telah menyokong pendapat Tun Mahathir yang mengatakan orang melayu Singapura telah terpinggir dalam arus pembangunan Singapura.

Apa yang betulnya? Apabila kita mengamalkan Islam secara penuh, atau menjadi mukmin sejati, kita akan

1. Berhenti bekerja dan terus ke masjid untuk berjemaah setiap kali masuk waktu solat di waktu kerja, tidak kira apa jua keadaan.
2. Tidak akan meminjam wang di bank atau menggunakan khidmat bank tidak kiralah apa jenis bank.
3. Mengumpul duit sehingga cukup untuk membeli rumah atau kereta lalu kita akan menjadi penyewa rumah dan memakai kereta buruk terpakai.
4. berniaga dengan jujur dan mengambil keuntungan yang sedikit. Lambat kaya.
5. Bekerja ditempat yang benar-benar bersih dari unsur riba dan menjalankan perniagaan atau perkhidmatan yang halal.
6. Sentiasa bersikap benar dan jujur lalu mudah ditipu oleh manusia-manusia kapitalis dan sosialis.
7. wanita tidak digalakkan bekerja.
8. wanita tidak dibenarkan menjadi pemimpin organisasi-organisasi penting.
9. wanita perlu menutup aurat dengan sempurna yang menjadikan mereka tidak menarik untuk dipandang.
10. Mengutamakan pendidikan al quran dan agama kepada anak-anak.
11. Bersikap lembut, tenang dan sabar dalam kebanyakan hal. Tidak agresif dan tidak baik untuk bisnes.
12. Pemaaf, penyantun dan bertoleransi menyebabkan mereka akan ditindas dan dipergunakan.

Kesimpulannnya, memanglah dunia ini ALLAH jadikan untuk orang-orang kafir. Walau mereka tidak percaya ALLAH sekalipun, ALLAH tetap bagi kemewahan, kekayaan dan kekuasaan kepada mereka. Dunia adalah ibarat penjara yang menyeksakan bagi orang-orang mukmin.

Kepada Lee Kwan Yew, hari ini hari kau...tunggu kau mati la...baru kau tau, hakikat hidup yang sebenarnya.....dah tak lama dah....

3 ulasan:

  1. sakaratuuuu mautttt

    BalasPadam
  2. dunia...
    syurga bagi orang kafir..
    neraka bagi orang mukmin..

    kesian LKY ni...
    masih belum terbuka hatinya terima hidayah..

    BalasPadam
  3. "Dunia ibarat penjara bagi orang mukmin " - Sheikh Abdul Kadir Jelani

    BalasPadam