Ahad, 16 Januari 2011

Nik Aziz,'Jadilah blogger penyambung lidah Nabi'

Yang ini saya suka dan setuju sangat dengan Tok Guru Nik Aziz. memang benar dan tepat sekali dan saya gembira dengan kenyataan itu. Apabila menjadi penyambung lidah nabi ini, yang utamanya adalah akhlak dan kehalusan budi pekerti nabi Muhammad itu yang perlu dijadikan etika ketika menulis.

halusnya pekerti Nabi Muhammad ini, baginda tidak mengumpat, mengeji dan mengutuk secara terang-terangan, malah mendiamkan saja munafik-munafik yang terang-terang menentang baginda. Saya teringat tentang satu hadis yang telah disalah anggap mengenai daging unta, bagaimana halus dan manisnya tindakan nabi sehingga sahabat yang kentut busuk pun tidak dimalukan oleh Nabi.

Malangnya, blogger penyambung lidah nabi yang beraliran politik ini tidak begitu. Habis cerita bawah katil, atas katil dan dalam kain disingkapnya untuk dijadikan bahan tulisan dan fikiran. malah disebutnya nama dengan terang-terangan. Bukannya pemikiran dan fikiran yang dibawanya, tetapi kesilapan dan karektor personaliti musuh yang dijaja dan diwar-warkan. Seolah-olah, penulis itu sendiri tidak pernah membuat salah dan bersih dari dosa. Sedangkan kentut busuk sahabat dan penentangan munafik secara terang pun Nabi tutup, apatah lagi perkara yang besar-besar.

Utamanya adalah akhlak penulisan. Akhlak itu datangnya dari hati yang bersih dan tidak bertujuan selain ALLAH. Ulamak yang menjadi pewaris Nabi yang utamanya juga adalah akhlak dan kemudian baru ilmu dan kemudian baru perjuangannya. lantaran, Nabi Muhammad itu diturunkan sebagai rahmat sekalian alam dan untuk menyempurnakan akhlak manusia di sisi ALLAH.

Itulah tujuannya pengakuan Muhammad Rasulullah dalam kalimah syahadah. Pengakuan untuk menuju kepada kesempurnaan akhlak seperti akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

4 ulasan:

  1. salam...

    itulah perbezaannya antara nabi2 dan orang2 macam kita nie. kita selalu tewas dengan pujukan hawa nafsu, yang kadang kala menjatuhkan maruah kita lebih hina dari binatang...

    kalau kita semua dapat mempraktikkan apa yang nabi suruh dan segala pesanannya... dunia tak akan jadi macam nie... islam dengan islam bergaduh, tuduh menuduh, jatuh menjatuh.

    terkadang saya terfikir, mengapa kita yang sesama islam, susah sangat nak duduk sama, membincangkan masalah dan menyelesaikan masalah bersama...

    adakah hanya kerana kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan kuasa!!! adalah sesuatu yang menjijikan bila semua ini terjadi...

    dah lama aku simpan soalan nie, tapi aku tak tahu pada siapa harus aku ajukan...

    adakah syarat perjanjian antara tunku abdul rahman dan rombongan kemerdekaan dengan kerajaan british ketika rundingan kemerdekaan tanah melayu dulu... adakah kerajaan british meletakkan syarat kepada tunku. kalau ada apa dia? dan kenapa tidak diberitahu kepada semua rakyat malaysia.
    adakah tuan dapat memberi jawapan kepada saya?

    kalau ada syarat, adakah kerana syarat itu kita tidak boleh mendaulatkan agama islam di malaysia, kita mengerti islam sebagai agama rasmi malaysia, tetapi hanya itukah layaknya agama islam di sini, mengapa kita tidak melaksanakan cara hidup, undang2, sistem pendidikan, sistem ekonomi yang berlandaskan agama islam.

    mengapa harus ada perasaan, islam hanya untuk ibadah, dan yang lain tidak perlu mengikut islam... sesungguhnya islam itu indah dan adil kepada semua, tidak kira dia beragama islam, yahudi atau majusi.

    di malaysia, mengapa PAS lebih rela duduk bersama DAP dan PKR... tentu ada sebabnya,
    dan ini aku lihat, bukan sekadar dari sudut politik tetapi lebih kepada prinsip. aku begitu mentah dalam hal politik, sepak terajangnya sungguh dasyat... hanya orang yang dapat melihat dari mata hatinya sahaja yang tahu mana yang lebih baik...

    sekian untuk kali ini

    BalasPadam
  2. terima kasih atas komentar dan pertanyaan

    Anggapan yang biasa kita dengar adalah kita tak mampu berbuat apa yang Nabi buat. hakikatnya, Nabi itu manusia biasa yang istimewa. nabi juga dididik dan perlu diberi semangat dan perangsang oleh ALLAH sendiri. Kalau dihalusi, apabila kita berbuat baik, bercakap dengan lembut, menjaga lidah dan hati, maka itu juga adalah perbuatan Nabi. Itulah perbuatan yang ALLAH mahu kita buat dan Nabi itulah yang menjadi alat petunjuk atau sample atau contohnya kepada kita. Maka kita boleh buat, apa yang Nabi buat selain dari penerimaan wahyu dan perlantikan menjadi nabi. Yang nyatanya, Nabi tidak ego dan sombong.

    Nabi Nuh apabila meminta ALLAH menghapuskan umatnya yg kafir, ditempelak dgn halus dan maha bijaksana oleh ALLAH. Nabi Yunus yg fedup dgn kaumnya,diajar ALLAH didalam perut ikan paus. Begitu juga dengan Nabi Daud malah nabi Muhammad sendiri pun ada berbuat silap kerana mereka adalah manusia biasa, sama seperti kita. Bezanya, mereka sentiasa mendapat petunjuk dan pembetulan terus dari ALLAH.

    untuk menjawab soalan kenapa umat islam tak boleh bersatu, apa yang dapat saya lihat adalah ego dan sombong. Penyakit ini boleh terjadi pada sesiapa saja dari ulamak, umara dan rakyat marhaen. ego dan sombong inilah yang menjadi punca Azazil menjadi Iblis.

    Mengenai islam sebagai agama sejahtera, saya melihat pemikiran islam terbahagi kepada 3 cabang iaitu fekah (rukun islam), tauhid (rukun iman) dan tasauf (ehsan). Apabila kelompok2 cabang ini, ego dan sombong, mereka menjadi fanatik kepada aliran masing2 dan akan salah menyalah. golongan yang memandang islam sbg agama ibadah biasanya dari aliran fekah yang cenderung menghukum atas segala perkara. golongan tauhid pula, cenderung berdiam manakala kelompok tasauf pula bebas terbuka dan tidak menghukum akan sesuatu apa. Justeru itu, kelompok fekah yang lebih berkuasa lantaran mereka lebih agresif dari segi pemikiran dan perlaksanaan. Sepatutnya, seorang muslim, mempunyai ketiga-tiga cabang ilmu ini, barulah cantik agama dan akhlaknya. tetapi, siapa pula yg mampu menguasai ketiga2 ini secara serentak? Hanya ALLAH yang memilih sesiapa yang dikehendaki Nya.

    mengenai perjanjian dengan british antara Tunku itu, tidaklah saya ketahui. Apa yang saya nampak adalah bangsa melayu adalah bangsa yang lemah dari segi ilmu dan pemikiran ketika itu, maka mudahlah mereka menjadi kagum dengan bangsa yang mempunyai ilmu dan teknologi yang lebih tinggi. Sebelum british datang, melayu mengagumi bangsa arab, india dan cina lalu mengambil sedikit peradaban dan budaya mereka. Sekiranya kita ini dahulu dijajah oleh bangsa Arab, mungkin juga kita berperadaban seperti bangsa arab juga.

    apabila mereka2 yg terlebih kagum dgn budaya dan peradaban british ini, membodek british, sudah tentulah british memberikan apa saja yg boleh diberikan. setakat kemerdekaan, lebih elok diberikan sebab mereka tidak perlu lg menanggung beban ekonomi malah mereka masih boleh terus mengaut untung walaupun selepas dimerdekakan.Maka itulah dianya UMNO, melayu yang mengagumi budaya dan peradaban British. sama seperti angkatan tentera malaysia dan juga badan-badan kerajaan.

    mmg benar, saya juga tertanya2 sebab sebenar kenapa PAS lebih rela duduk bersama DAP dan PKR. Adakah kerana kuasa atau kerana ALLAH. Atau perlu mendapat kuasa dahulu barulah mendapatkan ALLAH.

    BalasPadam
  3. Ssalam sarjan misai, mengapa kita tdak menjalankan undang2islam etc? Tanya diri kita sendiri apakah kita sudah "islam" sebaggaimana yg dituntut ? Oleh siapa?allah dan rasulNya! Nak check mcm mana? Feqah, usuluddin,tasauf, tauhid dah lepas ...jauh berkelana mncari tuhan, Allah tp akhirnya?? Pernakah kjaan atau mana2 individu menghalang kita menuntut ilmu sehingga kita terlepas dari syirik? Negara islam akan tegak dgn sendirinya setelah rakyatnya memahami islam, iman dan ehsan dan ehsan itu tidak akn tercpai tnpa melqlui jalan yg telqh dirintis oleh para aulia,wAli dan ulama spt as syafie etc.. Salam dar kuwait

    BalasPadam
  4. terima kasih atas komentar

    ya betul Azrin...jauh berkelana mencari ALLAH akhirnya ketemu dalam diri. Bila hati asyik masyuk dengan ALLAH sampai tidak menghiraukan yang lain selain Nya, maka dah jatuh hati lah tu.

    Bila dah jatuh hati, automatik patuh akan semua terma dan syarat. Maka tertegaklah undang2 islam dalam diri sendiri. Apabila dirinya sudah kuat dgn syariat islam lantaran tauhid yg benar dan tepat lalu dihadiahkan dengan kelembutan tasauf, maka berjalanlah mamat itu seperti sebuah negara islam.

    Mula-mula, seorang diri lalu menjadi sebuah keluarga dan dari sebuah keluarga menjadi masyarakat dan dari sebuah masyarakat menjadi sebuah negara. Itu cerita mudah dan seronok didengar tapi hakikatnya, amatlah sukar berlaku.

    Yang nyatanya, apabila dipanggil dan dipilih, mamat itu akan menderita batinnnya akibat menanggung rindu pada Tuhannya. Hatinya sudah kurang cenderung pada dunia walau kelihatan seperti orang-orang biasa. Kalau dah tidak cenderung pada dunia, kuasa, kaya dan wanita, tidak sebesar hama pun dipandangnya.

    Hiduplah dia umpama dalam penjara dunia dan tidak sabar menunggu mati. Selagi hidup, selagi itulah dia berkorban. Agi idup agi ngelaban.

    BalasPadam