Selasa, 4 Januari 2011

PAS yang diperbodohkan oleh DAP

Sungguhpun saya tidak begitu meminati hal-hal politik dan sentiasa dalam keadaan neutral, tetapi naluri hati saya ada sedikit cenderung kepada PAS kerana mereka memperjuangkan Islam. Biar apa pun organisasi yang memperjuangkan Islam, secara sah atau tidak, akan saya sokong kerana ALLAH. tetapi, perkembangan PAS mutakhir ini menimbulkan banyak tanda tanya kepada saya. PAS saya lihat bertambah lembut dan lemah kepada DAP sehinggakan masjid menjadi galang gantinya. Apa yang saya lihat, PAS seperti diperbodoh dan diperkotak katikkan oleh DAP yang diwakili oleh awek cina Teo itu dan Tok guru Nik Aziz menyokongnya.

Mungkin mereka yang fanatik PAS akan menganggap isu ini sebagai isu yang dipolitikkan oleh UMNO, tetapi saya bukan penyokong UMNO dan saya melihat perkara ini dari sudut pandangan yang berbeza. Saya melihat ianya sepertimana operasi CIA atau MOSSAD, yang mempergunakan mereka-mereka yang fanatik Islam untuk menghentam Islam itu semula, sebegitulah yang saya lihat, DAP mempergunakan PAS. Juga sepertimana PKM dahulu, menubuhkan Rejimen ke 10 yang terdiri dari bangsa melayu Islam yang kuat agamanya, dengan objektif untuk menumbangkan British. Licik sungguh DAP ini. 'Joint the strongest enemy to defeat the main enemy.'

Seburuk-buruk dan sebusuk-busuk UMNO itu, mereka telah berusaha untuk menaikkan melayu Islam sehingga ramai anak-anak melayu yang berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya lantas meninggikan intelektual melayu. akan tetapi, apabila melayu sudah sedikit pandai dan nampak kepincangan pemimpin-pemimpin UMNO itu, maka mereka beralih arah kepada PAS.Ttetapi apabila PAS pula berpaut kepada DAP untuk menumbangkan BN, golongan ini juga dapat melihat kelemahan itu.

Seburuk-buruk Umno itu, mereka masih lagi orang Islam. Seburuk-buruk Syiah itu, mereka masih lagi saudara seagama yang punya Tuhan yang sama, mencintai Rasul yang sama, menjunjung kitab yang sama dan bersolat berqiblatkan kaabah yang sama. Sebaik-baik DAP itu, tidaklah mereka mempunyai persamaan seperti itu dengan kita dan yang nyatanya, Tuhan mereka bukan tuhan kita, mereka tidak percaya dengan Rasul kita dan mereka ada qiblat yang lain.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah, semua manusia punya kelemahan dan keburukan. semua manusia ada pendapat masing-masing. Tidak ada manusia yang sempurna dan tidak membuat salah. Pada saya, kesalahan yang terbesar sekali adalah menyalahkan orang lain sebelum menyalahkan diri sendiri. Berlapang dadalah dengan perbezaan pendapat dan berdamailah atas nama Islam sesama saudara se islam.

7 ulasan:

  1. saya rasa, ianya lebih tepat lagi kalau disebut bangsa Melayu...
    baik UMNO atau PAS..
    dua2nya terlalu lembut dgn bangsa lain...
    mungkin disebabkan faktor politik..

    ini kelemahan orang melayu..
    jika dilihat bangsa lain, w/p mereka bercakaran tetapi masih boleh bersatu bila berkaitan dgn bangsa..

    orang melayu tidak begitu..
    satu pihak mahukan kepada totally Islam..
    satu pihak lagi mahukan bangsa dulu baru Islam..

    sejarah membuktikan melayu ni bangsa yang lemah lembut, peramah, baik hati sehingga orang pijak kepala pon masih steady sabar..

    Nak kata PAS diperbodohkan DAP,..tak juga..
    Pasal UMNO pon bole kata diperbodohkan MCA dan MIC..

    Saya rasa sbb utama la...
    Melayu terlalu lembut dgn bangsa lain sehingga mereka ambil kesempatan atas kelemahan orang melayu itu sendiri...
    entah bila la melayu Islam ni nak sedar..

    jangan akan datang Melayu Islam hilang kuasa dan diperintah oleh bukan Islam sudah la,,
    huru hara nanti..

    silap orang Melayu juga..
    nak berkongsi kuasa pon pada2 la..
    kita patut jadi ketua dlm apa jua hal..
    bagi mereka kuasa dlm bidang tertentu sahaja..

    ini tidak..
    sampai puak2 ni berani masuk campur hal ehwal Islam pulak..

    sampai berani kata langkah mayat dulu kalu nak tubuh negara Islam..

    memang kurang ajar..

    kita patut ikut contoh Rasulullah saw semasa mentadbir Madinah dulu..
    orang Islam memerintah orang kafir zimmi..

    pendek kata, contoh terbaik yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah saw telah ada..
    tinggal lagi kita nak ikut atau tidak..

    Seburuk-buruk Umno itu, mereka masih lagi orang Islam tetapi tidak memperjuangkan Islam...
    dikondemnya lagi ada la..
    ambil agama mana yang sesuai dgn kehendak mereka sahaja..

    Seburuk-buruk dan sebusuk-busuk UMNO itu, w/p mereka berjaya menaikkan Melayu Islam sehingga ramai anak-anak melayu yang berjaya dalam bidang akademik dan kerjaya lantas meninggikan intelektual melayu, tetapi apa sumbangan Melayu berjaya tersebut pada 1st, agamanya dan 2nd, bangsanya?

    memang banyak perkara kalau nak sebut..

    pendek kata..

    Melayu Islam jangan jadi penakut..
    takut menegakkan hak sendiri..

    bila takut, orang bkn Islam yang berani ambil kesempatan..

    kita sebagai orang Islam perlu kembali mengikut ajaran Islam sebenar..
    tak kira la PAS ke UMNO ke

    jangankan kerana kuasa,,,
    kita sanggup gadaikan apa sahaja..

    Bumi Malaysia ni bumi Islam..
    majoriti rakyatnya Islam..
    sebagai orang Islam, kena berani pertahankan agama..

    Ya Allah..
    lindungilah kami dari sifat penakut, kesedihan, kemalasan, bebanan hutang, kedekut.

    BalasPadam
  2. terima kasih bro, kerana sudi memberikan komen yg paling panjang dlm blog Ahmad Albab ni....

    apa yang saya lihat adalah dari sudut psikologi dan pemikiran PAS itu. Mereka boleh bertoleransi dengan DAP sehingga kepada perkara masjid dan bersikap keras dengan UMNO dalam kebanyakan perkara. sedangkan, DAP suruh langkah mayat dia dulu sebelum tubuhkan negara Islam, dan orang itu sekarang, menjadi kawan baik, gara-gara mahukan kuasa. Tidakkah itu ironi.

    kalau UMNO tu, kita dah tau dah mmg sekular toktok, itu pasal mereka boleh bersekongkol dgn MCA dan MIC. Tapi ini PAS. Parti yang memperjuangkan islam yang syumul.

    Kalau benar-benar kita ini memahami agama, kita akan mengetahui tentang perbezaan pendapat dan fahaman. Dalam agama Islam sendiri pun terpecah dengan fahaman dan mazhab, dan mana-mana yang fanatik pada fahaman mereka, bersikap keras dengan yang diluar fahaman mereka.

    Apa yang saya ingin jelaskan adalah, bertoleransilah dengan sesama islam tetapi bersikap keraslah dengan kafir yang menentang dan bukan sebaliknya.

    Apa yang saya maksudkan dengan sebusuk dan seburuk UMNO itu, biar betapa banyak sekalipun busuk dan buruknya, adalah juga kebaikan yang telah dilakukan untuk melayu Islam biarpun kita rasa macam tak nampak tapi hakikatnya nampak. Atas keburukan dan kebusukan mereka itu, sehingga jadilah kita pandai berblog dan berinternet, walaupun begitu ramai orang yang seusia dengan kita di indonesia, filifina dan lain-lain negara, yang hanya ada satu bangsa sahaja, masih lagi belum dapat komputer pun.

    sekarang ini, melayu Islam terpecah 4,
    1. islam fanatik yang keras dgn fahamannya tetapi lembut dengan rakannya (PAS)
    2. melayu islam sekular yang separuh islam separuh barat (UMNO)
    3. melayu islam liberal yang tak peduli sangat hal agama (PKR)
    4. melayu islam yang menumpukan perhatiannya kepada ALLAH dan tak peduli pasal politik

    Biar jenis apa pun melayu Islam itu, apabila kita solat aid, solat jumaat dan solat berjemaah di masjid, kita bersatu dalam satu saf, berdepan dengan Tuhan yang sama, berqiblat dengan kiblat yang sama. Apa tidak bolehkah kita bertoleransi dengan fikiran yang sama sebagai satu umat yang mempunyai Tuhan dan nabi yang sama.

    BalasPadam
  3. PAS yang diperbodohkan oleh DAP

    satu tajuk yang agak panas, bila dibaca... tapi apabila membaca isi kandungannya, ia tidak lah seperti tajuk yang di beri...

    saya pun bukanlah orang yang arif dalam bidang politik nie... walaupun saya berkerja di salah sebuah stesyen tv di malaysia nie...

    saya pun macam tuan juga... tapi dulu saya cukup yakin dengan parti melayu malaysia nie (umno) tp semuanya berubah sedikit demi sedikit apabila anwar ibrahim di dakwa atas tuduhan liwat ( kes dia yang pertama dulu )
    dan dari segi nilai berita yang dikeluarkan setiap hari + tahun... membuatkan saya meluat dan tidak percayai berita2 yang diterbitkan, lebih2 lagi dari media perdana seperti rtm + tv3 + utusan + berita harian...

    saya hormati pandangan tuan, tetapi mengikut pandangan saya pula, tidak salah membenarkan seorang yang bukan muslim memasuki masjid/surau, sebab salahuddin al-ayubi pun dahulu pernah memasuki gereja. jadi di sini tidak timbul maslah, tetapi harus difikirkan juga kalau2 apa yang tuan fikirkan itu adalah salah satu tipu muslihat pihak DAP terhadap pas atau orang melayu di malaysia. harus kita lebih berhati2...

    tetapi jika ia satu sikap yang ikhlas, yang lahir dari hati mereka2 yang dipilih oleh Allah, untuk medekatkan diri kepada islam, seharusnya kita terima dengan hati yang terbuka dan tanpa prasangka...

    seindahnya kita mendoakan mereka2 ini untuk menerima islam secara total, bukan hanya sekadar satu agama untuk dianuti tetapi sebagai satu cara hidup, cara pentadbiran, cara pendidikan agar islam dapat dizahirkan dangan sebenar-benarnya di bumi malaysia ini.

    sekian untuk seketika...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas komen

    kalau dari segi isu masjid, untuk bukan muslim masuk ke dalam masjid, tidaklah menjadi isu buat saya kerana saya mmg pernah bawak seorg rakan india masuk masjid. tetapi, apabila bukan muslim itu masuk masjid dan mahu buat senamrobik dalam atau dikawasan masjid, saya tidak begitu gembira mendengarnya. bayangkanlah kalau amoi2 cina dgn seluar dan baju sendat berjoget2 dgn iringan muzik di kawsan masjid, elokkah macam tu?

    Lantaran saya pernah tidur dan menjadikan masjid sebagai hotel di lebih 20 buah masjid, ada perasaan kasih dan sayang pada masjid.Malah saya pernah dihalau keluar dari masjid ketika kembara mencari diri dan mengikuti jemaah tabligh satu ketika dulu dan kini, mereka2 yg nak buat senamrobik pula dibenarkan. Terasa seperti masjid itu dinodai dengan tarian senamrobik itu. Tolonglah, kalau nak buat senamrobik pun, tak perlulah di kawsan masjid.

    tetapi apabila tuan guru yg saya hormati atas beberapa perkara, menyokong dan membenarkan tindakan itu, saya rasa ada sedikit kepelikan. begitu keras pendiriannya terhadap UMNO tetapi lembut pula terhadap DAP. sedangkan, UMNO itu masih islam dan PAS sendiri adalah organisasi yang memperjuangkan islam.

    Ini adalah isu pemikiran, bukannya politik. Apabila pemikiran itu fanatik terhadap sesuatu, maka, yang benar menjadi salah, dan yang salah menjadi benar, asalkan ianya selari dengan pemikiran mereka. Apabila pemikiran berobjektifkan kuasa, maka kuasalah yang mengausai fikiran lalu kadangkala menggelapkan pandangan, tidak kira pada siapa, PAS, UMNO apatah lg DAP.

    tidak ada prasangka dihati saya yang ada hanyalah sedikit kesal apabila kita memusuhi mereka yang seagama dengan kita dan membela mereka yang tidak percaya akan agama kita.

    Berkawan dgn masyarakat cina selama ini dan diuja sedikit dengan novel interlok, sedikit sebanyak, saya memahami budaya dan pemikiran masyarakat cina. dan untuk mendoakan mereka menerima islam secara total, teringat saya kisah bapa saudara Nabi Muhammad, abu Talib, yang telah dirayu oleh Nabi kepada ALLAH untuk membuka pintu hatinya menerima islam. ALLAH menolak permintaan Nabi dan mengatakan yang itu adalah hak dan urusanNya.

    Lebih elok lagi kalau kita dapat berdoa supaya umat melayu Islam di Malaysia ini dapat bersatu hati dengan bertunjangkan ALLAH dan rasul Nya. satukanlah hati kita ini dengan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH!

    BalasPadam
  5. Kalau kita bertuhankan PAS atau UMNO, PAS dan UMNO adalah ciptaan manusia. Lambat laun PAS dan UMNO akan lapok dan mati ditelan zaman. Tapi kalau kita bertuhankan Allah, Allah tidak mati. Kita adalah bersaudara seagama,yang mengajak kepada kebaikkan, menjaga ikatan serta berusaha untuk berbaik-baik di antara saudara seagama. Lambat laun kita pun akan mati juga. Hati kita adalah cermin kepada apa yang kita pertuhankan. Sekiranya kita tidak mampu bertolak-ansur diantara saudara seagama, berbanyaklah beristighfar. Mintalah keampunan daripada Allah. Moga-moga hati kita diterangi cahaya Ilahi.

    BalasPadam
  6. saya baru terbaca posting tuan ini, dan saya sangat bersetuju dengannya.tapi pada pendapat saya orang pas tidak berfikir begitu. mereka ada yang sampai satu tahap membenci orang yang bukan pas (esp umno@BN). sehinggakan hujah fanatik yang melampau menyatakan lebih baik menyokong kafir yang konon menyokong islam (hudud) dari orang islam yang tidak menyokong islam(hudud).
    apa pun saya bukanlah orang pas mahupon umno. cuma pandangan secebis berdasarkan pengalaman.

    ctmai

    BalasPadam
  7. terima kasih tuan atau puan,

    yang jelas dan nyatanya, kegagalan perlaksanaan hudud disalahkan kepada UMNO dan perlembagaan negara. Apabila DAP menentang maka dianggap sebagai penolakan persefahaman dan masih lagi UMNO dan perlembagaan yang dipersalahkan. PAS menyalahkan UMNO atas penolakan DAP.

    Kalau benarlah nak menegakkan hukum ALLAH kerana ALLAH, buat sajalah. Peduli apa dengan UMNO atau DAP lantaran memang niat kita kerana ALLAH. Ibarat kita nak solat tapi UMNO dan DAP tak bagi kita solat, kita solat sajalah. Peduli apa dengan tindakan mereka ke atas kita selepas itu lantaran solat kita kerana ALLAH. Barulah betul-betul menegakkan ALLAH.

    Yang jelas terlihat dimata saya adalah, memepergunakan ISLAM untuk mendapatkan kuasa dan wang. Sepertimana pergolakan politik dari zaman sayidina Othman, Sayidina Ali sehingga kpd bani Umaiyah dan keseluruhan kekhalifahan islam. Kalau betul buat kerana ALLAH, pastinya mereka mempunyai akhlak dan adab sehampir-hampirnya kepada Nabi Muhammad.

    BalasPadam