Teringin nak dengar penjelasan yang sebenar dan tepat dari Tok Guru Nik Aziz atas fatwanya yang mengatakan apabila mengundi UMNO adalah jahil. Jahil ini kalau dari segi definasi bahasa melayu mudahnya adalah bodoh dan tidak beradab. Lepas itu, ada beberapa peringkat lagi jahil ini. Kalau tak salah ada 3 iaitu bodoh boleh diajar, bodoh tak boleh diajar dan bodoh tok-tok. Bodoh tok-tok ini pulak berdefinasi, cakap dan buktikan apa saja, mereka tidak akan dengar dan lihat kerana hatinya sudah keras seperti batu.
Apa yang saya nampak, sedangkan syurga dan neraka pun ada tujuh lapis. Maksudnya, peluang untuk masuk syurga dan neraka sama besar dan bergantung pada tahap keimanan individu serta rahmat ALLAH atas nya. Kalau seorang melayu islam itu, bersolat, mengerjakan semua rukun islam dan beriman pada rukun iman serta berakhlak mulia, kemudian, dia mengundi UMNO, maka jahillah orang itu. Besar kemungkinan dia akan masuk syurga juga, tapi ditahap syurga terendah lantaran kejahilannya itu.
Tapi, kalau seorang melayu Islam, yang bersolat, mengerjakan rukun islam, yakin dgn rukun iman dan berakhlak mulia tanpa caci maki lalu mengundi PAS, besar kemungkinan, dia akan masuk syurga juga, tetapi di tahap tinggi sikitlah. Pasal dia cerdik dan sedia berjuang dan berkorban untuk kepentingan ALLAH di dalam politik.
Ianya lebih elok dari mengatakan undi UMNO masuk neraka yang diwar-war satu ketika dulu. Teringat saya tentang kisah Nabi Nuh yang memohon kepada ALLAH supaya dimusnahkan manusia-manusia yang kafir kepadaNya. Lalu ALLAH memerintahkan Nabi Nuh membuat 70 biji tembikar dari tanah liat. Bersungguh-sungguhlah Nabi Nuh membuat tembikar dengan tekun dan sabar. Setelah siap dengan sempurna dan cantik, maka Nabi Nuh pun mempersembahkannya kepada ALLAH.
Maka ALLAH memerintahkan Nabi Nuh untuk memusnahkan ke semua tembikar yang dibuatnya itu. Dengan hati yang berat, Nabi Nuh pun patuh dan memusnahkan tembikar-tembikar itu. Lalu ALLAH bertanya kepada Nabi Nuh, ‘Apa perasaan mu ketika memusnahkan tembikar-tembikar itu?’. Nabi Nuh pun menjawab,’Sesungguhnya aku merasa sedikit terkilan ketika memusnahkannya kerana ianya adalah usahaku yang terbaik untuk Mu’. Maka dijawab oleh ALLAH, ‘Begitulah rasanya apabila kau meminta Aku untuk memusnahkan manusia-manusia kafir itu.’
Kisah ini saya terbaca disebuah blog yang tidak saya ingat dan saya masih tercari-cari lagi nas dan dalilnya tetapi pengajaran dari kisah ini amat-amat membekas dihati saya. Antara pengajarannya yang saya dapat lihat adalah
1. Sebijak-bijak manusia itu, tetap ada jahilnya.
2. begitu pengasih Nya ALLAH sehingga manusia yang engkar dan kafir kepada Nya, tetap diberikan keperluan, kemewahan dan dikabulkan segala permintaan dan usaha mereka.
3. Buatlah sesuatu yang diperintahkan oleh ALLAH ke atas kita dengan bersungguh-sungguh dan sempurna dan merasa malulah sedikit untuk meminta upah atas ibadat kita itu.
4. Janganlah mendoakan sesuatu yang buruk kepada orang lain kerana entah-entah, ALLAH lebih kasihkan orang yang kita doakan itu lebih dari kita.
5. Waima Nabi pun pernah membuat kesalahan dan ALLAH membetulkan kesalahan mereka dengan cara yang amat berhikmah dan amat bijak sesuai dengan kesalahan mereka lalu ALLAH mengampunkan mereka.
Begitulah yang saya fikir dan rasa.
0 ulasan:
Catat Ulasan