Isnin, 25 April 2011

Mati adalah pasti, hidup InsyaALLAH

Tiga hari lepas, saya bekerja keras dan bertungkus lumus untuk memastikan satu pembedahan jantung dapat dilakukan dengan jayanya. Satu ketika dulu, saya hanya bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sahaja untuk satu-satu pembedahan jantung lantaran segala kelengkapan dan peralatan telah disediakan, tetapi kali ini, sayalah yang perlu mencari dan menyediakan segala kelengkapan pakai buang, menyelenggara peralatan dan memastikan peralatan berfngsi dengan sempurna.

Setelah ke sana kemari meminta dan merayu supaya disedekahkan item-item kecil, maka lengkaplah persiapan dan kelengkapan pembedahan tersebut. Saya dan sahabat saya Joe, bekerjasama melaksanakan pembedahan itu dengan prosedur yang terbaik. Kami melaksanakan tugas dengan komited dan fokus serta melakukan segala yang terbaik untuk pesakit.

Pembedahan berlangsung dengan jayanya tanpa sebarang insiden. Malangnya, pesakit mati di ICU selepas 6 jam pembedahan. komplikasi yang berlaku adalah pendarahan dalaman yang mengakibatkan tekanan darah sukar distabilkan. Pakar bedah menyalahkan darah yang telah kami kitarkan semasa prosedur bypass tersebut.

Setelah berpuluh tahun bergelumang dalam tugas ini, kami tahu apa yang kami lakukan dan kami tahu apa yang mengakibatkan komplikasi tersebut. Ironinya, kami juga tahu bahawa kami akan selalu dan sering dipersalahkan atas apa-apa komplikasi yang berlaku. Kami sudah masak dengan ketidak adilan tersebut dan mampu menelannya selama bertahun-tahun ini.

Agak mengecewakan juga, apabila saya yang bersungguh-sungguh menjalankan tugas, tetapi dipersalahkan walapun tidak jelas kesalahan saya apatah lagi bila melibatkan kematian. Tapi tak mengapa, hidup perlu diteruskan dan tugas perlu dilaksanakan. 'Berani mau hidup mesti berani mau mati, tapi berani mau mati mesti berani mau hidup'.

Mati adalah pasti, hidup InsyaALLAH.....

p/s : Nota ini untuk Rashid atas kenangan perbualan kita di Shangri La Hotel. Alhamdulillah.




3 ulasan:

  1. playing GOD, dibedah mati, dibiarkan mati. dimarah di puji. Lumrah alam. Be strong sjn misai.... Hairulkuwait

    BalasPadam
  2. Bersabarlah saya tau perasaan itu....allah maha mengetahui..

    BalasPadam
  3. Terima kasih Khairul...begitulah kejenya...mmg dah masak dah...

    Terima kasih Cik Fad...kita serupa..hadirmu utk mengubat luka....tapi takde apa-apalah...dah immune...

    BalasPadam