Khamis, 7 April 2011

Tabaruj - bercantik-cantik untuk semua

Setelah merantau ke beberapa tempat di muka bumi ini, saya mendapati ada 3 sfesifikasi wanita dalam bercantik-cantik.
1. wanita yang show all dan all out
2. wanita yg tertutup tetapi masih bercantik-cantik
3. wanita yg tak bercantik-cantik

kebanyakan wanita ketegori 1 adalah di wilayah-wilayah moden dan kebaratan dimana mereka bebas untuk membuat apa saja yang mereka rasakan adalah hak mereka. Wanita kategori 1 ini berada di 60% muka bumi ini dari Amerika sehinggalah ke Jepun, kecuali di negara-negara Islam arab.

Wanita kategori 2 pula adalah yang bertudung dan berpakaian bertutup tetapi masih bermekap dan pakaian mereka terdiri dari pakaian yang berwarna-warni, menarik perhatian dan mengikut bentuk tubuh. Mereka-mereka ini boleh didapati di Malaysia, India, Pakistan, Indonesia dan Thailand yang beragama Islam. Mereka merupakan wanita 30% di muka bumi ini yang dikategorikan seperti ini.

Wanita yang tak bercantik-cantik langsung dengan bertutup, berhijab, berpakaian warna gelap dan kurang menarik tanpa corak, serta tidak bermekap, kebanyakan di negara-negara arab dan mereka terdiri dari 10% jumlah keseluruhan wanita.

Sudah menjadi sifat semulajadi wanita untuk kelihatan cantik dan menarik supaya sedap dipandang oleh orang lain. Jadi keinginan untuk menarik perhatian adalah naluri semulajadi bagi wanita. Perhatian siapa yang perlu dicuri adalah bergantung kepada jenis dan kategori wanita itu sendiri. Kebanyakan wanita, bercantik-cantik untuk menarik perhatian lelaki, meskipun mereka akan mengatakan tidak.

Perkara ghaib yang tidak kelihatan apabila seorang wanita itu bermekap dan keluar dari rumah adalah, mekap yang dipakai itu akan bersinar dan menarik perhatian syaitan-syaitan jin. Mekap itu ibarat sumber cahaya dimalam yang gelap sehingga sesiapa yang ternampak cahaya itu, akan menuju kepada cahaya tersebut. Syaitan-syaitan jin jantan ini akan berbondong-bondong mendekati wanita itu, dan bagi yang berjasad halus, akan terus melekap dipipi serta bibir wanita tersebut, sehinggalah berlapis-lapis. Lantaran salah satu rahsia wuduq dengan membasuh muka adalah untuk menanggalkan jin2 yg melekap dikulit.

Akibatnya, lelaki-lelaki manusia juga akan tertarik untuk melihat, lantaran aura cahaya syaitan, yang melekap di mekap-mekap tersebut, sehinggakan seorang lelaki akan berpaling sekali lagi apabila terlihat wajah yang dimekapkan itu. Setitik rasa tertarik yang timbul dihati seorang lelaki tatkala terlihat wajah cantik  bermekap seorang wanita, maka setitik bintik hitam timbul dihatinya akan tetapi 2 bintik hitam akan timbul dihati wanita itu walau dia sendiri tidak menyedarinya. Berapa lama seorang lelaki melihat juga akan menambahkan sahamnya. 1 saat, 2 bintik hitam, kalau seminit, menjadi 120 bintik hitam.

Bintik yang pertama adalah atas pandangan lelaki itu manakala bintik yg kedua adalah dari niat wanita itu. kedua-dua bintik tersebut akan menutup hati wanita tersebut. Akibatnya, mereka amat sukar untuk memahami rahsia-rahsia ketuhanan dan ilmu-ilmu spiritual. Peratus kehitaman itu juga akan membuatkan mereka mudah beremosi dan keupayaan menahan sabar.

Cuba bandingkan dengan melihat wanita-wanita yang bermekap dan wanita yang tidak bermekap. Anda boleh rasa dan lihat kesucian pada wajah tanpa mekap lantaran tiadanya jin-jin syaitan yg melekap.

 9 nafsu yang diberitakan ada pada wanita adalah 90% emosi dan perasaannya mampu mengalahkan 10% akalnya. Bagi lelaki yang diberitakan mempunyai 90% akal adalah kemampuannya berfikir dengan lebih jauh dan dalam untuk mengatasi 10% emosinya. Justeru itu, lelaki yang berskandal mempunyai pelbagai helah penipuan lantaran akalnya yang banyak malah mampu berlaku selamba lantaran emosinya yang sedikit.

Kurangkanlah bertabaruj kerana ianya akan menambahkan emosi tanpa sedar dan dosa kering secara percuma. Bertabaruj untuk suami pula akan mendatangkan pahala dari kegembiraan suami melihatnya. Bertabaruj untuk semua, akan mengurangkan cahaya kesucian lalu mengurangkan pandangan gembira dan kasih dari suaminya.

(Kupasan dari buku Berdialog dengan Jin, Muhammad Isa Dawood)


2 ulasan:

  1. Salam.

    Uncle, Berdialog dengan Jin ni yang buku kaler hijau tu eh?


    Teruskan menulis dan berkongsi. Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Buku berdialog dgn jin tu dah beberapa kali di ulang cetak...yg memula kaler biru, pastu ada gambar hantu...yg terbaru..x tau la plak...

    Niatnya berkongsi ilmu

    BalasPadam