Baru balik dari seminar Marketing power Dr Azizan Osman telah membuatkan otak saya bercelaru dan huru-hara dengan idea. mencanak-canak idea keluar. yang itulah dan yang inilah. Plan itulah dan plan inilah. Semuanya perlu diselaraskan apabila dah tenang. sebelum itu, elok tenangkan diri di masjid. Malangnya, ketenangan yang diharapkan bukan dimasjid. Masjid sekarang hiruk pikuk dengan alunan al quran melalui pembesar suara dan suara tok imam mengetuai jemaah sebelum, semasa dan selepas solat. Sunggu waraq dan berhikmah mereka-mereka ini. Kadang-kadang terasa seperti mereka-mereka ini mahu berlawan atau mahu sama dengan loceng kuil-kuil hindu yang gemarkan kebisingan dan keceramukan di waktu maghrib.
Belum sampai di masjid dan lebih kurang 10 minit masuk waktu maghrib, sudah ke udara bacaan ayat-ayat al quran memenuhi ruang. Perkara sebegini memang sudah biasa di masjid-masjid di malaysia terutamanya waktu maghrib dan subuh. Tetapi perkara sebegini tidak berlaku di masjid-masjid di arab termasuklah masjidil haram di Mekah dan masjid nabawi di Madinah.
Disebabkan ujaan seminar dan juga kejengkelan mengenai perkara ini yang telah berlangsung beberapa tahun lamanya, maka otak ligat berfikir. Rasionalnya untuk melakukan perkara seperti itu adalah untuk memberitahu waktu maghrib dan subuh sudah hampir tiba, lalu semua diminta bersiap-siap untuk ke masjid. tapi, apa yang saya lihat, bukan semua, hanya segelintir, dan bukan segelintir, hanya sedikit sahaja yang terpanggil.
Berbeza dengan masjid favourite saya iaitu masjid Seri Petaling tabligh, bacaan ayat-ayat quran ini tidak diperdengarkan dicorong masjid sebelum azan. Hanya azan sahaja yang dialunkan melalui pembesar suara. begitu juga tahlil selepas maghrib malah tazkirah atau bayan yang dipenuhi oleh ramai jemaah yang duduk rapat-rapat mengelilingi penceramah, tidak kedengaran keluar masjid. Hanya di dalam masjid sahaja. Malah ceramah-ceramahnya hingga dialih bahasakan sampai 2-3 bahasa. Dan jemaahnya biasanya 3-4 saf penuh disepanjang masjid yang sepanjang 400 meter itu. Maksudnya ramailah jemaahnya dari jemaah masjid-masjid biasa ini.
Yang hebatnya masjid-masjid sekeliling kita ini adalah ke'poyo'annya dalam menunjukkan syiar islam. Sudahlah bacaan al quran sebelum azan, kemudian azan, kemudian solat berjemaah dari fatihah sampai salam, tahlil selepas solat, doa dan disambung hingga ke ceramah agama, semuanya dikuatkan dengan pembesar suara hingga keluar masjid. Rasionalnya, agar orang-orang disekeliling dapat mendengar sama.
Yang bermain di fikiran saya adalah, adakah itu tujuan sebenarnya? Atau ianya adalah mainan riyak, ujub dan sumaah yang tersembunyi disudut hati tok siak dan tok imam masjid? Adakah perkara ini yang dilakukan oleh Nabi muhammad? Sekiranya Nabi Muhammad tahu, adakah baginda setuju dengan cara itu?
Sekiranya ianya adalah dari perasaan riyak, ujub dan sumaah yang tersembunyi dengan sedar atau tanpa sedar oleh tok siak dan tok imam, maka amatlah dahsyat keburukannya. Malah lebih buruk dari muslim-muslim jahil atau muslim asi. Bayangkan perasaannya, 'ALANGKAH WARAQNYA AKU BERADA DIMASJID INI SAMBIL MENDENGAR AL QURAN DAN BERSOLAT JEMAAH. DAN BEGITU MERDUNYA SUARA KU MENGALUNKAN AL QURAN SERTA BEGITU BERISI DAN PADATNYA CERAMAH KU INI. TIDAK SEPERTI MEREKA-MEREKA ITU YANG TIDAK DATANG KE MASJID INI. SUDAH BEGINI KUAT AKU PANGGIL MEREKA, MEREKA MASIH TAK DATANG-DATANG. MEMANG AHLI NERAKA MEREKA-MEREKA ITU.' Itu hanya bayangan percakapan sahaja lantaran sewaktu jahil dulu, saya memang pernah merasa sedemikian rupa. Mungkin bukan mereka.
Terasa aura keangkuhan apabila pembesar suara digunakan selain daripada azan. Malah azan yang dialunkan itu juga, menunjukkan keangkuhan dan kejahilan apabila harkatnya di dayu-dayukan dan dileweh-lewehkan. Bahaya sungguh menjadi orang-orang masjid ini. Boleh terkena penyakit, angkuh tanpa sedar. Amat berbeza, laungan azan dimasjid biasa jika dibandingkan dengan masjid Seri Petaling Tabligh dan masjid-masjid di tanah arab.
Sungguh, saya merasa ketenangan yang luar biasa apabila bersolat dan beriqtiqaf di masjid Seri Petaling itu. Malah solat dan zikirnya terasa nikmat dan masyuuuk. Tetapi, hati jadi kacau dan bercelaru bila bersolat dimasjid yang kuat alunan pembesar suaranya. Kenapa ya?
MASYALLAH

0 ulasan:
Catat Ulasan