Satu waktu dahulu, saya pernah dilatih sebagai seorang anggota dan seterusnya pegawai tentera dari unit infrantri. Dari rekrut lalu menjadi pegawai kadet. Entah mengapa, jurulatih dan pegawai latih yang pernah melatih saya sangat gemar menjadikan saya sasaran. saya dilatih dengan cara yang keras dan efektif. sementelah, mereka-mereka itu adalah anggota dan pegawai yang datang dari era 80an, yang pernah terlibat dalam pertempuran sewaktu era darurat kedua, maka saya banyak makan penampar, penerajang dan deraan hebat dari mereka.
Saya teringat seorang Sarjan jurulatih saya, yang cukup menyinga kepda saya apabila saya terlupa untuk menyalut pegawai pemerintah, telah menampar muka saya dengan tiga das penampar padu lalu menunjukkan jari telunjuknya ke muka saya, dan berkata,' Aku mahu menjadikan kau yang terbaik. Aku mahu kau menerima pedang Angkatan tentera.' Dan benar kata-katanya itu. Saya telah dilatih dengan baik meskipun dengan cara yang keras dan kasar hingga pijak perut semata-mata untuk meneruskan legasinya, menghasilkan pegawai tentera yang terbaik. Saya menjadi pegawai tentera yang 'kombatant' atau berjiwa perang. Saya tidak mempedulikan tentang pangkat, imbuhan dan kehormatan, sebaliknya, saya mementingkan perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas. Sifat itu saya bawa sehingga sekarang. Buat kerja biar ikhlas. kalau rasa tak ikhlas, tak payah buat kerja tu.
Juga dua orang Pegawai Latih saya, yang menjadi mentor kepada saya, selain daripada memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman-pedoman dalam dunia ketenteraan, juga meninggalkan legasi yang tersendiri dalam hidup dan jiwa saya. saya pernah diterajang lalu lekat diloker, makan penampar, makan selipar, knucle clap sampai berdarah-darah jari jemari dan distarlight kepala sampai nampak bintang. Kesemua itu adalah deraan perseorangan bukan berkumpulan dan dilakukan secara rahsia. Saya masih terasa lagi, selepas saja kena dengan deraan tersebut, semangat juang saya meningkat, kepimpinan menjadi lebih efektif dan kesanggupan untuk melakukan tugas menjadi berkobar-kobar. Saya akan melakukan semua yang terdaya dan termampu untuk melaksanakan tugas meskipun tugas yang paling berbahaya atau mustahil.
Hasil dari pengalaman dan latihan-latihan itu telah membuatkan saya sentiasa redha dengan tugas yang saya terima tidak kira dalam tugas awam mahupun ketenteraan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Pernah dahulu, kesemua rakan sejawat saya mahu memboikot pembedahan jantung swasta yang telah dijadualkan walaupun dibayar dengan wang tambahan. Saya sememangnya adalah 'the last man standing' untuk kes-kes tersebut sebab saya kurang berminat dengan kerja lebih masa lantaran saya mahu bersukan dan beriadah diwaktu petang. Apabila pakar bedah jantung datang kepada saya dan menerangkan keadaan, maka saya dengan rela hati telah bersetuju untuk melakukan kes pembedahan itu. pemboikotan tersebut telah gagal kerana saya. Rakan-rakan marah kepada saya lalu saya menerangkan kepada mereka bahawa saya melakukan kes tersebut bukan sebab wang, tetapi kerana ianya adalah tugas kita yang tak mampu dibuat oleh orang lain dan ianya juga kerana pesakit, yang mengharap akan bantuan tangan-tangan kita supaya dia dapat sembuh dari kesakitannya.
Apabila saya terjerumus ke lembah tasauf, melalui guru-guru mursyid, maka saya diajar bekerjalah untuk ALLAH. Dialah yang memberi rezeki. Dan redhalah akan segala ketetapan dan aturan Nya dalam hidup ini. ALLAH lah yang mengatur latihan Nya ke atas jiwa saya, bermula dari penderaan fizikal dalam tentera dan kehalusan ilmu dan rasa dalam jiwa melalui tasauf. Segala puji bagi ALLAH, yang menganugerahkan rahmat sedemikian rupa dan kebaikan yang tak terhingga kepada saya.
ALHAMDULILLAH.....

0 ulasan:
Catat Ulasan