Isnin, 30 Mei 2011

Siti Nurhaliza nak masuk askar wataniah

Saya sedang menaiki tangga tuktuk (sejenis taxi kecil) di Phuket, Thailand ketika senior saya yang sedang membaca sms yang diterimanya memberitahu mengenai berita itu. Berdesir hati saya seperti tiupan angin pantai Phuket dari lautan Hindi dengan kepanasan dan kelembapannya yang tinggi itu. Lantas senior saya bertanya 'bukankah kau pernah menyertai askar wataniah satu ketika dulu?' Dengan bersemangat saya bercerita mengenai perkara tersebut. Malah saya menutup ceritanya, 'saya masuk kerana semangat patriotik, adventure dan combat yang tinggi tetapi saya meninggalkannya kerana wanita'. Terkejut senior-senior itu. 'Apa cerita?'

Saya memang meminati bidang ketenteraan dan saya menelusuri kerjaya ketenteraan bermula dari bawah. Dari anggota PKBM disekolah, rekrut, prebet, pegawai kadet dan pegawai. Saya telah menghadiri sebanyak 11 kursus ketenteraan dan hanya satu yang gagal. Saya telah dilatih dengan cara yang keras dengan deraan fizikal secara body contact meskipun saya hanya seorang askar wataniah. Saya pernah ditampar, diterajang, dipijak perut, membuat deraan sehingga berdarah-darah dan sampai separuh nyawa. setakat anggota dan pegawai wataniah yang saya temui ketika itu, tidak ada seorang pun yang menerima nasib seperti saya. Malah anggota dan pegawai tentera tetap, ada yang tak melaluinya. Dan yang paling best, tiada anggota dan pegawai wanita yang saya temui dan tanya ketika itu, yang pernah dijentik pun oleh jurulatih-jurulatih mereka. Diajak dating adalah.

Apa yang saya faham ketika itu, jurulatih dan pegawai latih mahu menjadikan saya seorang tentera 1st class meskipun dari kalangan 2nd class. Hasilnya, saya telah mendapat anugerah Pegawai Kadet Terbaik dalam istiadat Pentauliahan PALAPES serta dihadiahkan dengan pedang angkatan tentera. Saya juga muncul sebagai Ketua Platun Terbaik dalam kursus Ketua Platun yang saya hadiri. Malah saya secara sukarela memohon menyertai kursus payung terjun dan kursus asas komando. Saya telah mendapat gelaran 'komando tanah' ketika di unit saya.

Kaki saya terkehel teruk semasa penerjunan pertama dalam kursus payung terjun lantaran saya tidak pandai mengagak ketinggian pada waktu itu. Saya adalah orang pertama yang diterajang keluar dari pintu pesawat lantaran saya adalah ketua rangkai.  Akibatnya, saya berjalan seperti bangau patah kaki dan melambatkan pergerakan rangkai saya. Saya sudah mahu dihantar pulang oleh medik dan RSM Cawangan Para ketika itu, tetapi, dengan tegas dan keras saya menjawab, 'hantar saya pulang apabila kaki saya patah dan tak boleh berdiri sedia atau hantar jenazah saya pulang!' lagipun, saya sudah diarahkan menempah keranda semasa saya melapor diri di mess pegawai Pusat latihan komando (PULPAK) dan resitnya memang saya simpan dalam poket kanan baju loreng saya. Akhirnya, saya berjaya menghabiskan 8 penerjunan dengan 2 penerjunan malam dan 3 penerjunan bersama alatan. Dengan bangganya, saya berbaris untuk dipakaikan sayap penerjunan dengan cara ditumbuk di dada kiri oleh Panglima Briged 10 para ketika itu. Dia melekatkan sayap bervalcro itu dengan cara menumbuk dengan ayunan yang kuat. Sampai terpelanting mana-mana yang tak bersedia.

Saya hanya mampu bertahan selama 3 hari saja dalam latihan pemanasan Kursus asas komando bersama gang-gang Tanggo di Pulpak. Tubuh saya terasa tidak mampu lagi menahan latihan fizikal yang berterusan 20 jam tanpa henti. kuku kaki saya tercabut lantaran memakai but tanpa dibuka. Tapak kaki menggelepuh sana sini. Otot-otot saya sentiasa tegang lantaran asid laktik yang berlebihan berada dalam sel-sel. Kepala otak dah hampir biol sehingga boleh terlupa nama sendiri. hanya ingat nombor sahaja. Meskipun gagal, saya berasa puas. sekurang-kurangnya, saya berani mencuba dan saya tahu tahap kemampuan saya.

Juga dalam latihan-latihan perang insurgensi dan konvensional yang saya lalui, pelbagai keperitan yang ditanggung. Semuanya, saya lalui dengan gembira dan seronok. Saya mampu menaikkan semangat anggota-anggota yang sudah pewai, malah saya mampu membuatkan mereka ketawa dalam keadaan tekanan yang tinggi. Pernah satu ketika, dalam satu latihan compass marching sejauh 60km dalam masa dua hari, setelah tapak kaki menggelepuh dan otot-otot kaki terasa keras dan kejang, saya berlari ke depan untuk cepat sampai meninggalkan rakan-rakan lain dibelakang. kemudian saya menjerit, 'Oii ada KFC dinner plate di sini dengan coke sejuk laa!', maka berlarilah mereka semua ke depan untuk mendapati, ianya hanyalah fatarmorgana belaka. Dan saya mengatakan, opps maaf, saya berhalusinasi rupanya. Meskipun mereka mahu membelasah saya tetapi akhirnya mereka ketawa juga. Selepas tamat latihan, kami makan KFC dinner plate dgn coke sejuk di restoran KFC sambil mengorat awek. Tinggi sungguh kesyukuran kami ketika itu.

Justeru itu, berita Siti nurhaliza nak masuk askar adalah ibarat kisah kayangan yang indah kepada beliau. Perlukah beliau melalui semua itu dan untuk apa? Saya pernah bermimpi Siti nurhaliza mengajak saya bernikah. Ketika itu, dia belum kahwin lagi. Mimpi itu masih jelas dalam ingatan saya kerana ianya merupakan petanda mengenai satu peritiwa besar dalam hidup saya. Saya bermimpi siti menarik tangan saya untuk dinikahkan dihadapan barisan lelaki-lelaki yang menantinya. Semua lelaki-lelaki tersebut seperti terpaku dan melelehkan air liur. Saya pula teragak-agak untuk mengikutnya kerana saya sudah berkahwin dan beranak dua ketika itu tetapi akibat kuatnya tarikannya ke atas tangan saya, maka saya mengikutinya sambil menoleh ke arah lelaki-lelaki yang berbaris itu.

Setakat itu sahaja mimpinya tetapi impak dan kesan mimpi itu telah merubah separuh hidup, personaliti, pemikiran dan pandangan hidup saya terhadap dunia ini. Mimpi itu adalah petandanya yang saya perlu meninggalkan dunia ketenteraan dan peristiwa itu telah berlaku dan sama sepertimana mimpi tersebut. Hanya yang menarik tangan saya itu bukannya Siti Nurhaliza, tetapi pegawai tentera wanita yang seperti Siti Nurhaliza.

Kisah Siti ini meningatkan saya mengenai mimpi tersebut dan juga kisah-kisah yang pernah saya lalui. Memang berebutlah lelaki dan wanita nak masuk askar wataniah lepas ni. Bukannya nak berlatih untuk berperang, tetapi nak berlatih dengan Siti nurhaliza. Boleh jadi satu skot.  Dan yang paling best, mana tau dapat sekubu dengan Siti pulak. Semoga Datuk K tak bagi Siti masuk askar. hancur askar macam ni.   

7 ulasan:

  1. Kenapa mesti Datuk Siti dan Jac? Apa yang ingin disampaikan melalui perkara ini. Adakah satu promosi untuk menarik orang muda menganggotai pasukan askar wataniah atau sekadar propaganda untuk promosi artis. Menarik minat orang muda… ORANG MUDA? Datuk Siti dan Jac? Apa had umur yang dikatakan muda? Anak muda Malaysia sekarang sangat dipengaruhi dengan genre K-POP. Tak kisah apa pun terpulang pada citarasa masing-masing. Yang ingin difokuskan adalah artis-artis lelaki Korea yang terliang-lintuk menari membuat persembahan adalah mereka yang pernah menjalani latihan ketenteraan. Menjadi kewajipan bagi anak muda lelaki untuk menjalani latihan ketenteraan di negara mereka. Lihat bagaimana keyakinan mereka, kesungguhan dan kreabiliti mereka. Kenapa yang diikuti hanya cara pemakaian atau fesyen rambut dan bukannya sikap patriotik mereka. Sejauh mana artis lelaki Malaysia yang suka atau mengikuti konsep K-POP tergerak untuk menganggotai askar sukarela? Kenapa mesti Datuk Siti dan Jac? Tidak ada masa? Sibuk? Apa salahnya dengan rela hati mengorbankan masa dan wang untuk menjalani latihan ketenteraan yang hanya mengambil masa beberapa bulan dan bukannya tahun seperti dikebanyakkan negara (masa latihan tak dapat buat show jadi kurang la pendapatan mereka. Artis korea lagi banyak pendapatan diorang, rileks je). Lihat artis Singapura yang membina nama di Malaysia, Aaron Aziz. Aaron antara anak muda Singapura yang tidak terlepas untuk menjalani ‘National Services’. Ada jurang perbezaan yang sangat besar antara pelakon-pelakon lelaki muda Malaysia dengan Aaron. Kenapa mesti Datuk Siti dan Jac? Dimanakah barisan artis lelaki Malaysia yang selalu menghiasi muka majalah? Kenapa mesti Datuk Siti dan Jac? Kemusykilan melanda diriku pada tahap maksimum???

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas komentar dan pertanyaan.

    1. kenapa Siti dan Jac? sebab pada mereka tidak seteruk mana pun latihan yang akan diterima. tak mati pun, tak berdarah pun dan tak sakit sangat pun. mereka mengetahui, takkan lah nak dibrutal-brutal sangat latihan ke atas mereka. mereka bukan nak gi perang pun, hanya seronok menempuhi dunia yg berbeza dan baru.

    2. knp artis lelaki x mau masuk? kalau askar lelaki, kemungkinan besar akan dihantar ke barisan hadapan apabila diperlukan. latihan utk askar barisan hadapan, keras dan lasak. buat apa sakit-sakit badan, hilang suara dan muka rentung. ada banyak beza latihan utk lelaki dan wanita. tapi paling beruntung klu latihan itu dicampurkan. tahap kelasakan latihan akan disederhanakan. so yg lelaki jd wanita dan wanita jd lelaki. jadilah askar campuran.

    3. national service singapore adalah askar bandar yg dilatih dgn cara yg moden dan berhemah.jadi, ianya tidaklah sekejam dan selasak sepertimana askar malaysia, indonesia atau thailand. dan ianya wajib. kalau tak wajib, tak tahulah aaron tu masuk ke tak.

    kesimpulan. bila kita tahu, dalam hutan itu ada terlalu banyak cabaran dan dugaan yg kita perlu tempuhi sendiri, maka keyakinan pd diri sendiri itu yg penting. tapi, bila kita tahu yg kita akan masuk ke hutan dgn diteman dan dieskot serta dijaga dgn baik, masuk ke hutan itu ibarat melancong sambil menikmati keindahan alam.

    semoga bole faham dan mengurangkan sedikit kemaksimumam yang musykil itu.

    BalasPadam
  3. tu la beza di mesia ni....artis diagung2kan ..padahal mereka ni tak layak pon dijadikan contoh teladan yang baik..

    sekarang ni, ape2 program mesti nak libat artis bagi tarik ramai orang...padahal dalam negara kita banyak lagi yang boleh dijadikan contoh untuk menarik minat masyarakat..para ilmuwan...

    artis ni majoritinya takat SPM je..golongan yang tidak memnetingkan ilmu nilah yang diangkat sebagai role model, dianugerahkan gelaran dan sebagainya...menyebakan orang dah tak respek pada gelaran....

    arini jadi pelakon, penyanyi senang2 je dapat datok..patut dok sebok sembang pasal perjuangan...perjuangan kebenda???satu istila yang kerap digunakan golongan artis, mengharumkan nama di peringkat antarabangsa...cehh

    guru2 yang mengajar dari tak pandai membaca sampai masuk U, berapa ramai dapat penghargaan seperti itu?

    BalasPadam
  4. bila nak sambung criter hantu kapten john ?

    BalasPadam
  5. bila nak sambung criter hantu kapten john ?

    BalasPadam
  6. Orang yang dengki dgn kejayaan artis2 tu je yg ckp bnda loser cmtu.Mmgla cikgu brjasa,tpi brapa juta cikgu kt malaysia ni?nk suh bgi pnghrgaan kt satu2 mcm artis2 tu ke?Kene igt jgk,kt dunia ni ada org buat krja lebih masa,lebih tenaga tpi x dpt setimpal,ade org mase krja byk joli2 je tpi duit masyuk tiap bulan.Itu lumrah la.Buruh adlh buruh,ckgu adlh ckgu,artis adlh artis.Memasing punya bidang la,xkn smua org wajib msuk u n sibuk wat keje profesor,sape nk jdi profesor lgi kalau sume org dh pndai.Cmnilah,xyah tunggu najib,cuba kau bgi pnghargaan kt org yg buat pensel mu tu,brjasa tu.Kalau xde dia,camner kau nk mnulis kn.kn?Mmg manusia x adil,abis kau nk merungut smpai dunia ni brubah mnjadi adil ke?Bile tu?

    BalasPadam
  7. terima kasih semua...

    artis ni pada saya adalah orang yang suka dan mahu populariti, dikenali, disanjung dan dipuja. mereka tidak malu untuk tampil ke depan dan meperagakan diri serta kelebihan mereka. biarpun tujuannnya untuk menghiburkan orang lain, dan menganggap bakat mereka adalah anugerah ALLAH, tapi keinginan untuk terkenal dan ternama dengan jalan hiburan adalah tidak manis di segi akhlaknya dan tasaufnya.

    setiap orang punya jasanya yang tersendiri. tetapi jasa dan bakti yang bagaimana pula? ada yg membangun negara, ada yg mempertahan negara, ada yg mendidik anak bangsa, ada yang menghiburkan orang dikala duka...pokoknya kesan pada jasa itu yang penting...jasa artis wanita yang terbesar buat saya adalah terkenang kehendak biologi apabila melihat mereka menari atau menyanyi apatah lagi yang cantik manis...saya hanya lelaki normal yang belum mampu menahan pandangan...

    setiap org juga punya tahap pemikiran dan objektif hidup yg tersendiri. mana yang sama dan satu aliran, maka dapatlah mereka bersatu...mana-mana yg tak sealiran, maka mereka bertelagah dan bertentangan...justeru itu, penghargaan yg diberikan juga, mengikut aliran pemikiran si pemberi lah...kalau pemberi penghargaan itu berfikiran agama, maka ulamaklah yg diberi penghargaan, kalau pemberi itu berfikiran nasionalis, maka guru dan askarlah diberi...dan begitulah sebaliknya....

    begitu juga dengan pendapat...jadi berlapang dadalah...meskipun saya belum mampu untuk menerima kehadiran wanita di dalam organisasi pembunuhan seperti tentera...dan menganggap kehadiran mereka akan melemahkan pasukan tentera...itu adalah pendapat dan pandangan peribadi, belum terbukti di Malaysia walau telah terbukti di tempat lain...dan saya melihat ianya adalah indoktrinasi syaitan yang menyusup dalam agama dan pemahaman. hanya yang dikehendaki Nya saja yang terselamat.

    BalasPadam