Hanya baru ini saya merasakan kehebatan zikir. ianya tidak terkata, tidak tercerita dan tidak tertulis rasanya. natijahnya, terasa sangat dekat dengan ALLAH dan kelapangan hati yang tidak terbayangkan. sungguh menakjubkan bila dapat menyaksikan kebesaran dan kehebatan ALLAH dengan hanya duduk dan memejamkan mata lalu berzikir. Sungguh-sungguh terasa kehebatan ALLAH itu sehingga menimbulkan pelbagai perasaan takut, harap, sedih, gembira, menyerah dan apa-apa yang dikurniakan. Mudah-mudahan ALLAH sentiasa melapangkan dada ku untuk terus bertaubat dan bermuroqobah kepada Nya.
0 ulasan:
Catat Ulasan