Sejak mula sedar sedikit mengenai diri sendiri dan tahu sedikit mengenai ALLAH, nafsu ku terhadap duniawi mula menurun. Meskipun masih ada kehendak yang bukan keperluan sepertimana kehendak kepada smartphone, pakaian yang berkualiti dan kenderaan yang baik, tetapi ianya tidak menjadi keutamaan hati ku. Ada penentangan yang sedang berlaku secara halus tanpa ku sedari. Ada perang yang sedang ku tanggung dan ianya memakan diri. Maksud memakan diri ini bukannya merosakkan diri secara nyata, tetapi keadaan yang melemahkan semangat keduniaan ku. Aku menjadi kurang berminat dan peka kepada duniawi. Aku menjadi asyik dengan kelemahan diri ku sendiri dan bagaimana untuk memperbaikinya dengan segera. Aku menjadi takut dengan segala kesalahan dan kesilapan ku dan bagaimana untuk menebusnya dengan segera. Ianya perlu segera dilakukan sebelum ajal ku tiba.
Malangnya, masa itu bukan aku yang punya. Juga bukan Ahmad Albab yang punya. Walau mereka mengatakan bahawa hak aku sebagai manusia adalah 'memilih' takdir mana yang harus ku tempuh, tapi pilihan atas memilih itu juga, bukan hak aku. Lantaran atas pilihan itu tertakluk pelbagai faktor lain seperti kesihatan, keadaan emosi, kestabilan jiwa, ilmu yang bermanfaat, objektif hidup, pengaruh keluarga, keadaan sosial dan pelbagai lagi faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keputusan untuk membuat pilihan. Dan tidak semua faktor-faktor itu berada di bawah kawalan ku malah semuanya bukan dibawah kawalan ku.
Yang sebenarnya, aku sedang berperang dengan nafsu ku sendiri. Nafsu adalah penting untuk hidup lantaran nafsu lah yang membuatkan kita berupaya berfungsi sebagai seorang manusia. Tetapi nafsu yang perlu ditentang adalah nafsu yang membawa kepada kehendak berlebih-lebihan lantaran memang itulah kecenderungan nafsu.
Sebagai muslimin, aku suka berdakwah dan aku boleh berdakwah di dalam blog ini. Malangnya, ada perasaan halus yang sedang berperang dalam hati. Adakah ini dakwah, atau hanyalah rentetan nafsu yang berlebih-lebihan melayan perasaan dan ilmu yang mahu ditonjolkan lalu mendatangkan sifat ujub, sumaah dan riak tanpa disedari malah ketika aku menyedarinya.
Lantaran, malam ini, jemari ku dimampukan untuk menulis dan membuat satu entry dalam blog ku sendiri, walau dalam perang hati yang sangat halus dan dahsyat itu. sekiranya sampai terpublish tulisan ini, maka nyatalah, nafsu ku untuk menulis tidak bisa ku tentang lagi. Mungkin aku sudah tewas dalam menentang nafsu penulisan tetapi aku masih mahu menang dalam mengharap rahmat dan redha Ilahi.
FA AINAMA TUWALLU FASSAMA WAJHULLAH.....dimana saja kamu mengadap, maka disitulah wajah ALLAH

semoga redho Allah sentiasa bersama saudara...
BalasPadam